Tuesday, September 28, 2010

Team Harapan Bachin anak Ketua Umum dan Presiden menipu! Bukti bergambar.

Saya masih marah berikutan pemilihan MATC Lembah Pantai tempohari. Saya juga merasa kecewa dengan MATC yang berlangsung di tempat lain juga. Berpuluh malah mungkin beratus SMS diterima dari para sahabat di cabang-cabang lain menceritakan berbagai benda magic dan ajaib dan sial yang berlaku di tempat diaorang juga.

Tapi sebagai manusia marah sudah semakin hilang. Kecewa juga kurang. Tetapi perasaan tak puas hati makin kuat. Juga perasaan ralat seralat-ralatnya sebab daripada feedback kawan-kawan seperjuangan dalam Team Otai terutama dalam sembang satu sama satu, nampaknya ada kemungkinan perjuangan kami selama ini di Kerinchi dan Lembah Pantai amnya mungkin semakin lemah dan hapus begitu saja. Biarlah tengok betapa terer dan hebatnya barisan Harapan Bachin yang baru ni nanti.

Saya tak ada mood menulis banyak. Tapi atas dasar tak puas hati dengan kawan-kawan yang tak melihat sendiri perkara ini depan mata dan dengan senang suruh kami lupakan semuanya dan kembali pada perjuangan, sila lihat gambar-gambar berikut, yang terjadi di MATC Lembah Pantai.






Tengoklah macammana orangorang YB Nurul masing-masing memegang sebundle kertas undi dan memangkah nya dgn selamba kodok di depan mata pengawas. Tengoklah betapa tak adilnya geng team Harapan Bachin boleh keluar masuk sesuka hati, pangkah sesuka hati, buat macam ini parti estet!

Siapa mereka ini semua!? Bila masa mereka ini berjuang? Bila masa mereka ini kena rotan fru, kena sembur, kena maki, kena terajang?


Lihat saja lah gambar-gambar bagaimana Team Harapan Baru YB Nurul Izzah, anak Ketua Umum dan Presiden, yang ada antara kami tinggalkan anak bini berhari-hari untuk perjuangkan sudah 12 tahun, menipu di siang hari.

Hari yang hitam untuk Keadilan.

Buat lah kesimpulan sendiri, siapa yang sudah lupa tentang perjuangan.

Sunday, September 26, 2010

Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan

Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan. Terus-terang aku katakan kalau macam ni lah memang celaka lah penipu-penipu sekalian dalam Parti yang kami di sini yang hidupkan di Lembah Pantai ini.

Apa taknya, macam mana yang daftar cuma 513 nama, tapi kertas undi keluar sampai 583. Yang 70 extra tu datang dari mana. Bila kita minta berhenti JPP teruskan juga dengan pemilihan. lepas tu penyokong-penyokong Team Harapan baru YB Nurul Izzah yang kononnya pengawal dia menyerang pulak kami. Sedangkan kami yang kempen macam nak mampus nak menangkan dia ni. Bangsat apa ni?

Kenapa teruk sangat proses? kertas undi tak ada no siri, jadi orang boleh senang-senang fotostat kaler. Sekarang fotostat warna kat mana-mana pun ada. Memang kami nampak dengan mata kepala sendiri ada Cina bawa keluar borang-borang tersebut, padahal dia bukan pengawas pemilihan pun. Ada pula calon tolong pangkah atau isi borang orang lain. Bila pengawas suruh keluar, depa tak nak keluar. Tak ada sistem langsung proses yang dijalankan, ikut suka hati saja.

kalau lah SPR yang buat undi macam ni, dah lama dah riot dan huru-hara satu negara. Teruknya. Calon-calon keluar masuk dewan, tak nak dengar cakap pengawas pilihanraya. Macam parti mak bapak sendiri dibuatnya. Eh eh ...

Lepas tu untuk pengetahuan YB Azmin, kami kat sini memang nampak dah lagi banyak tangan yang diangkat masa nama YB Azmin diundi, tup-tup Zaid menang. Konspirasi apa jadah ni?!

Wednesday, September 22, 2010

Amaran Pertama dari Reformis '98 PKR Lembah Pantai kepada YB Nurul Izzah!

Membujur lalu Melintang Patah!

Kalau takut dengan risiko jangan bicara tentang perjuangan!

Orang lama dalam reformasi Lembah Pantai, sebelum zaman ada parti lagi, semua faham tentang kata-kata ini.

Malangnya kita pula yang diketepikan bila laba mengabui mata.

Buat baik dibalas tuba!

Well, lawan tetap lawan!

Blog ini akan membuka pekung jerung-jerung dan bilis-bilis yang mengelilingi YB Nurul Izzah yang tidak mendapat maklumat tepat tentang keadaan sebenar di Lembah Pantai.

Sejak Ramadhan lagi, kumpulan-kumpulan ini memburukkan semua OTAI yang dilihat dalam kumpulan Md Zaman, sedang kasih golongan "old timer" sebenarnya ialah terhadap perjuangan asal parti iaitu Perjuangan Rakyat, bukan perjuangan cari jawatan lepas menang! Md Zaman, Rosly, Kak Leha, Fadzlie, Pak Joe, Meor semuanya diperlekehkan. Pelajaran dan latarbelakang rakyat marhaen dijadikan alat melecehkan golongan OTAI.

Sedangkan inilah muka yang telah berjuang sejak zaman Zainur lagi, membawa kepada zaman Dr Sanusi Osman dan akhirnya menumbangkan Gergasi UMNO Dato Seri Shahrizat Abd Jalil di Parlimen Lembah Pantai.

YB pun satu. Buka lah mata sikit. Pengalaman tak ada, orang yang YB import pun semua orang baru dan ramai masih hingusan. Apa yang mereka tahu? Berlagak pandai seolah-olah ini perjuangan mereka! Habis macam mana ni YB? Nak menang atau tidak PRU-13 nanti? 

YB harus ingat ada orang-orang di sekeliling YB pernah cuba meletakkan calon Dato Kamal Husin dari umno untuk calon PKR, kalau PKR tak terima mereka akan keluar parti beramai-ramai. Muka-muka ini masih bersama YB. Apa isi hati mereka sekarang?

YB harus ingat, kami OTAI tidak akan selama-lamanya merelakan saja.

Ini amaran pertama!

Tuesday, September 21, 2010

Blogger OTAI PKR sokong CheguBard

Aku sokong Chegu Bard

Ramai yang menjangkakan debat calon Ketua AMK akan panas. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, dan ada yang mengatakan hambar.

(Artikel ini diambil dari blog Matsamankati di sini http://ureka.asia/2010/09/aku-sokong-chegu-bard/)




Aku tak tau apakah kriteria yang digunakan untuk menilai sama ada ianya panas, sejuk, hebat atau hambar. Tapi aku yakin, mereka yang merasakan ianya hambar kerana tidak ada tuduh menuduh, hujah-menghujah ala Presidential Debate Amerika…atau pun macam debat Anwar-Shabery Cheek.

Tetapi.. apabila Presidential Debate diantara Obama dan Hillary juga dikatakan hambar oleh CNN. tidak ada tuduh menuduh, tidak ada kontradiksi kerana mereka dari parti yang sama. Dasar yang sama, misi yang sama dan visi yang sama. Mungkin hanya pendekatan yang berbeda.

Itu sebab aku tak pernah menyebut debat itu debat ala-Presidential, sebaliknya hanya menyebut Debat 4 penjuru. Mungkin kalau Shamsul Iskandar ada pada malam tu, mungkin panas sikit. Tetapi oleh kerana Sam tak ada, nak kutuk sapa?

Persiapan malam tu pun ada kekurangannya. Aku ingatkan, bila buat kat tempat best macam Taiping Golf Resort, peralatan pun bagus, tapi sound-system kaput. PA system ceramah aku pun tak buat kacau macam tu. Aku rasa macam nak baling mikrofon.

Internet connection pun teruk…so sapa yang tengok live malam tu sori la. Anaz dah buat apa yang terdaya.

Itu kelemahan..tapi aku juga minta hangpa faham. Program itu dibuat dengan zero budget. Team UREKA main terjun saja…kalau jadi..jadilah. Kami mahu menjadi perintis. Lepas ni, aku dengar dah ada orang lain nak buat. IKD nak buat, MyDemocracy Watch pun nak buat. Aku kata..bagus.

Dalam sessi pertama, sessi pidato..aku tak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Hasmi. Aku rasa macam mengikuti kelas sejarah untuk menaikkan semangat. Tak ada blueprint, perancangan dan wawasan yang disampaikan oleh Hasmi. Kalau ada pun, mungkin aku tak faham.

Ini diikuti denga Rafizi. Memang bagus. Cara penyampaian yang jelas dan dia dapat menerangkan visi dan misinya dengan jelas dalam masa 20 minit yang diberikan. Kalau nak berbahas, aku rasa dia menang.

Kemudian Chegu Bard. Kelebihan Chegu Bard ialah memukau penonton. Aku cuma pernah dengar ceramah Chegu Bard mungkin dua kali. Tapi mungkin kerana kelebihan dia berceramah yang menyebabkan orang Pas selalu sangat panggil dia. Dan Chegu Bard juga berjaya merangkumi semua yang aku nak dengar. Tentang macam mana nak perkukuhkan AMK, macam mana nak cari duit…dan yang paling penting, Chegu Bard menetapkan kepentingan iaitu bagaimana nak memenangi pilihanraya.

Kalaulah debat tersebut dijalankan secara format Akademi Fantasia, Hasmi out dipusingan pertama.

Sessi kedua ialah dialog dengan penonton.

Sebelum program ini dijalankan, kami telah berbincang tentang segala kemungkinan. Mungkin ada yang provokatif…mungkin ada yang membangkitkan persoalan peribadi. Dan mungkin juga ada yang akan menanyakan soalan budak darjah satu.

Akhirnya kami bersetuju bahawa apa saja yang akan terjadi akan menampakkan imej AMK itu sendiri. Biar saja.
Kalau ada penonton tunjuk gambar Chegu Bard berpeluk dengan Maya Karin…mampuih pi la. Kalau ada yang nak kutuk Rafizi pun…kutuk la.

Tapi itu semua tidak terjadi. Cuma ada soalan provokatif dari Juwaini dan Dawai Kokot. Yang tu aku suka.

Semua soalan yang lain dapat dirungkai oleh Chegu Bard dan Rafizi dengan baik, tapi bila soalan provokatif dari Juwaini yang bertanyakan kepada Rafizi tentang punca dia meninggalkan AMK dulu menyebabkan aku sudah kurang berminat dengan Rafizi.

Rafizi meninggalkan AMk kerana tidak bersetuju dengan Ezam berkenaan dengan kemasukan wanita muda dalam AMK. Benar..itu soal prinsip. Tapi kalau tak bersetuju…terus ambil keputusan letak jawatan, aku jadi fobia.

Macam mana kalau dah jadi Ahli Parlimen, kemudian tak setuju dengan Ketua Whip atau tak setuju dengan Presiden…Rafizi letak jawatan kerana prinsip?

Sorry la. Zulkifli Nordin, Jamal, Osman, Zahrain, Wee Choo Keong…semuanya letak jawatan dan keluar parti kerana prinsip. Yang naya…tukang gantung bendera, tukang tampal poster.

Oleh kerana dia kata dia yang cari duit untuk parti…aku rasa dia patut teruskan bidang kemahiran dia. Aku tak nampak Rafizi boleh memimpin Generasi Reformasi. Apa yang aku nampak, Rafizi lebih banyak menceritakan tentang apa yang dia buat…berlainan dengan Chegu Bard yang lebih banyak mengiktiraf peranan orang lain. Mungkin itu sebabnya Chegu Bard lebih diminati.

Apabila Dawai kokot memberikan label ‘elitist’ kepada Rafizi, Rafizi cuba memberikan analogi Aung San Su Kyi. Lagi la aku pissed-off. Aung San Su Kyi diangkat oleh rakyat Burma, tetapi Rafizi diturunkan oleh Anwar Ibrahim. Gone!!

Dan sesuatu yang janggal dan mungkin ditertawakan oleh Hishamuddin Rais ialah apabila Generasi Reformasi memakai baju batik. Nasib baik perut tak boroi.

Aku lebih suka pendekatan Chegu Bard. Walaupun tak ditawarkan apa-apa jawatan oleh Sam, dia terus buat kerja. Dan apabila dia mengutamakan pemerkasaan AMK untuk menghadapi pilihanraya, yang tu aku setuju. AMK cuma hidup atas nama saja. Nak menghadapi pilihanraya, jentera pilihanraya kena kuat.

Duit belum tentu menguatkan jentera. Yang perlu ialah semangat dan kerja kuat dari ahli-ahli yang komited. Betul duit itu perlu, tapi itu bukan yang utama. Sebaliknya, yang tinggal dalam parti adalah mereka yang tak berduit. Mereka yang nak cari duit, keluar parti.

Satu lagi kesilapan Generasi Reformasi ialah apabila mengumumkan barisan kepimpinan bayangannya. Dah la tak ada sorang pun wanita muda didalamnya, ditambah pula dengan sejarah Rafizi yang bertindak meletak jawatan kerana menentang percantuman wanita muda dalam AMK. Apa pun alasan yang diberi, persepsinya ialah Generasi Reformasi anti-wanita.

Lebih teruk..apabila Rafizi mengumumkan mereka yang didalam barisannya tanpa persetujuan mereka yang terbabit. Salah seorang darinya ialah Chang Lih Kang yang dikatakan termasuk didalam barisan kepimpinan Generasi Reformasi. Sedangkan Chang Lih Kang ialah running-mate Chegu Bard. Sebiji stail Azmin.

Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki tapi aku lebih berkeyakinan terhadap Chegu Bard untuk memperkasakan AMK.

Untuk pemilihan kali ini, aku sokong Chegu Bard.

http://ureka.asia/2010/09/aku-sokong-chegu-bard/