Sunday, September 26, 2010

Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan

Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan. Terus-terang aku katakan kalau macam ni lah memang celaka lah penipu-penipu sekalian dalam Parti yang kami di sini yang hidupkan di Lembah Pantai ini.

Apa taknya, macam mana yang daftar cuma 513 nama, tapi kertas undi keluar sampai 583. Yang 70 extra tu datang dari mana. Bila kita minta berhenti JPP teruskan juga dengan pemilihan. lepas tu penyokong-penyokong Team Harapan baru YB Nurul Izzah yang kononnya pengawal dia menyerang pulak kami. Sedangkan kami yang kempen macam nak mampus nak menangkan dia ni. Bangsat apa ni?

Kenapa teruk sangat proses? kertas undi tak ada no siri, jadi orang boleh senang-senang fotostat kaler. Sekarang fotostat warna kat mana-mana pun ada. Memang kami nampak dengan mata kepala sendiri ada Cina bawa keluar borang-borang tersebut, padahal dia bukan pengawas pemilihan pun. Ada pula calon tolong pangkah atau isi borang orang lain. Bila pengawas suruh keluar, depa tak nak keluar. Tak ada sistem langsung proses yang dijalankan, ikut suka hati saja.

kalau lah SPR yang buat undi macam ni, dah lama dah riot dan huru-hara satu negara. Teruknya. Calon-calon keluar masuk dewan, tak nak dengar cakap pengawas pilihanraya. Macam parti mak bapak sendiri dibuatnya. Eh eh ...

Lepas tu untuk pengetahuan YB Azmin, kami kat sini memang nampak dah lagi banyak tangan yang diangkat masa nama YB Azmin diundi, tup-tup Zaid menang. Konspirasi apa jadah ni?!

3 comments:

  1. perghh... punya laa teruk parti ni... ahli ramai yang tak sekolah ker nie...

    last word... jangan diperbodohkan... hidup biar ada matlamat... jangan jadi keldai org...

    ReplyDelete
  2. da ramai org pkr join perkasa senyap2... tinggalkan pkr senyap2...

    ReplyDelete
  3. Kenapa masih hendak diikut orang sebegini? Mari lah bersama-sama dengan Gagasan terbesar umat Islam di Malaysia iaitu UMNO yang sudah 52 tahun melonjakkan Islam dan Orang Melayu mendepani kemodenan dan global yang mencabar.

    Kalau tak suka orang di cawangan, boleh saja bergerak di bahagian, kalau tak suka di bahagian, bantu apa yang boleh di nasional.

    Mereka yang korup dalam UMNo akan dibuat perhitungan di Padang Mahsyar, tetapi ramai yang berjuang atas nama memperjuangkan Islam dan Melayu dengan ikhlas.

    Mentadbir negara yang ditinggalkan penjajah Inggeris dalam suasana campuran masyarakat yang berupaya meletup bila-bila masa bukan mudah, tteapi BN dengan diterajui UMNO telah lakukan.

    nah, lihat PKR. Walau masih belum memegang kuasa dan kekayaan nasional sudah rakus dan gelojoh menolak undang2 dan hukum ketepi semata-mata untuk kuasa dan habuan.

    Jadi mengapa harus dihukum UMNO dan BN? sudah tentu ada manusia di dalamnya yang tewas dengan nafsu dan bisikan syaitan, tapi cukup ramai yang masih solid, dan oleh itu Malaysia masih kukuh di persada antarabangsa. Kita memerlukan anak muda yang komited dengan perjuangan.

    Ingatlah, perjuangan kita bukan di tahap nasional, tetapi mempertahankan Islam di arena Global. Perjuanagn bukan setakat benci UMNO, benci Najib atau benci Anwar atau benci Cina atau benci DAP atau sedemikiannya, tapi juga menangani strategi saraf Singapura, israel, AS dan sebagainya.

    Marilah kembali kepada gagasan terbesar umat, iaitu UMNO. Belum cuba belum tahu, tak kenal maka tak cinta.

    ReplyDelete