Sunday, October 9, 2011

Mana jawapan Ahli Parlimen PR yang ponteng Parlimen masa undi Kg Baru!!??


Membaca blog-blog sahabat rasanya isu kekalahan kita mempertahankan Kg Baru terasa sangat menjengkelkan.

Sebabnya?

Hanya 75 orang Ahli Parlimen BN yang turun mengundi, bermakna Pakatan Rakyat boleh menang jika semua Ahli Parlimen PR turun ke Parlimen.

Masalahnya hanya 28 SAHAJA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT yang peduli tentang nasib penduduk Kg Baru!

Siapa mereka yang hadir dan tak hadir ini?

YB-YB Pakatan Rakyat yang hadir ialah seramai 28 orang iaitu:

PAS :

Mahfuz Omar
Salahuddin Ayub
Mohd Firdaus bin Jaafar
Mohd Hayati Othman
Che Uda Che Nik
Dr Siti Mariah Mahmud
Dr Mohd Hatta Ramli
Khalid samad
Siti Zailah bt Mohd Yusuf
Wan Abd Rahim Wan Abdullah
Muhammad Husin
Che Rosli Che Mat
Mohd Nasir Zakaria

PKR :

Tian Chua
Zuraida Kamaruddin
Yusmadi Yusof
Azmin Ali
Loh Gwo Burne
Ahmad Kassim
Azan Ismail

DAP :

M Kulasegaran
Lim Lip Eng
Charles Santiago
Sim Tong Him
M Manogaran
Er Teck Hua
Fong Po Kuan
Fong Kui lun

SEMENTARA YANG TIDAK HADIR IALAH:

Kedah
P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)
P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)

Kelantan
P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)
P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)
P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)
P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)
P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)

Terengganu
P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)

Penang
P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)
P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)
P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)
P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)
P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)
P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)
P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)

Perak
P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)
P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)
P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) - PSM contest on PKR ticket
P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)
P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)
P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)

Pahang
P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)

Selangor
P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)
P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)
P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)
P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP)
P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR)
P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)
P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)
P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)

Wilayah Persekutuan
P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)
P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR)
P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)
P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR)

Negeri Sembilan
P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)
P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)
P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)

Sabah
P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)

Sarawak
P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)
P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)


13 MP PAS hadir. Antara yang tidak hadir ialah Haji Hadi, Nizar Zakaria, Dr Dzulkefly Ahmad dan Nasharudin Mat Isa.

Apa alasan tuan-tuan. Bukankah tuan-tuan yang kepingin sangat nak jadi Ahli Parlimen?

Di pihak PKR pula hanya 7 sahaja hadir. Ulangsuara, 7!
Yang tak hadir termasuk Ketua Umum Anwar Ibrahim, Naib Presiden Nurul Izzah, Saifudin nasution, Khalid Ibrahim dan Fuziah Salleh.

Dari DAP antara yang tak hadir ialah Karpal Singh, Gobind Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Sedih sungguh. Bukankah kesemua ini ada tanggungjawab untuk hadir.

Yang paling memualkan, paling disgusting, ialah hanya 5 MP Melayu PKR dari 16 MP melayu PKR yang hadir mengundi dalam menentukan satu perkara yang sangat penting bagi orang Melayu ini.


11 Melayu PKR tak hadir tau, 11!

Nurul Izzah, saya nak tanya sikit, YB tak hadir mengapa?

YB sibuk ke Indonesia berkali-kali, ke London, ke Oslo lah, ke mana-mana satu dunia atas tiket Parlimen Lembah Pantai, tapi ke Parlimen yang hanya beberapa minit pun tak boleh ke?

Bangang punya YB Lembah Pantai! Kalau macam ni lagi baik la hari mengundi kami tidur garu telur je. Lagi berbaloi!

Tuesday, July 5, 2011

Titah DYMM YDP Agung selamatkan Nurul Izzah di Lembah Pantai

Rasanya YB Nurul Izzah antara yang paling lega dengan titah YDP Agung.

Dengarnya dia dicabar PAS Lembah Pantai supaya tunjuk berapa ramai PKR Lembah Pantai boleh hantar orang ke Perhimpunan Bersih.

YB Nurul janji 500 orang akan turun, tapi setakat 2-3 hari lepas sebelum titah Seri Paduka Baginda baru dapat 200 orang!

200 orang je PKR Lembah Pantai boleh bawak turun!

Itulah pasal. Kalau time Zaman dulu setakat riban-riban takda hal punya. Inilah jadinya kalau pilih orang-orang parachute dari luar jadi pegawai parti. Orang kaya mana nak turun demo YB!

PAS Lembah Pantai dengarnya jamin ribu boleh turun. Dan ini akan dijadikan salah satu justifikasi mereka untuk tuntut supaya PAS jadi calon Lembah Pantai kali ini. YB Nurul mungkin diminta pergi ke Permatang pauh atau kawasan selamat di PJ.

Tak taulah, kita sama-sama tunggu dan lihat je lah.

Wednesday, June 8, 2011

Kami dah bagitahu YB Nurul dah pasal budak Fahmi Fadzil ni!

Baru-baru ini Setiausaha Politik YB Nurul Izzah Fahmi Fadzil menjadi figure antarabangsa apabila diarah membuat 100 tweet memohon maaf pada Blue Inc corporation, kerana memfitnah atau lebih tepat melakukan "defamation" kepada syarikat tersebut dalam Twitter.

Seluruh TJ(TwitterJaya) dan TW(Twitterverse) mengangkat fahmi menjadi hero!

Tetapi kami di sini, dari kumpulan-kumpulan kecil penyokong-penyokong PKR (bekas) di Lembah Pantai melihat semua ini sambil menggeleng kepala.

Kenapa?

Fahmi Fadzil
 Sejak mula lagi nama Fahmi Fadzil tiba-tiba dimaklumkan kepada kami akan dilantik menjadi Setiausaha Politik YB, kami ternganga. Siapa budak ini? Kenapa dia tiba-tiba dilantik memegang jawatan yang amat penting dalam satu constituency seperti Lembah Pantai ini? Tidakkah YB Nurul tahu bahawa disebabkan YB Nurul sendiri bukan asal dari kawasan Kerinchi dan Pantai Dalam, maka eloklah melantik Setiausaha Politik dari orang yang ori dari sini.

Dan yang terbaik, lantikan itu tidak dibincangkan, tapi YB hanya maklum saja. Seperti Datuk Seri Anwar juga, YB mengambil tindakan diktator.

YB mengatakan bahawa YB mahu orang muda. 

Kenapa tak dilantik sahaja (pada masa itu) Md Zaman, atau Fadzlie sekurang-kurangnya, untuk merapatkan saf dan menguatkan parti? Bukankah pada masa itu Md Zaman adalah KETUA AMK CABANG dan KETUA AMK WILAYAH? Sebaliknya Md Zaman diketepikan dan seorang budak PJ yang datang dari keluarga kaya dilantik, semata-mata kerana beliau petah berkata-kata. Petah sangatlah dia sampai terpaksa membodohkan diri dalam Twitter mintak maaf.

Kami ada membuat sedikit homework mengenai Fahmi ini ketika itu. Dan apa yang kami lihat sungguh menakutkan. Beliau rupanya pernah terlibat dengan gerakan simpati komunis dan berita ini tersebar luas dalam Internet. Apakah kesannya jika berita ini disebarkan dalam komuniti Melayu di Lembah Pantai?

Fahmi ini budak sosial aktivis orang kaya. Dia bergerak dalam dunia teater yang penuh dengan orang-orang yang rajin komen dalam Malaysiakini, dan kita semua maklum apa pandangan dunia mereka. Sedangkan kehendak dan keperluan majoriti penduduk Lembah Pantai lebih 'basic'. Dia mungkin seorang budak yang baik dan seronok dibuat kawan, tapi dia tak sesuai dijadikan Setiausaha Politik.

Saya dimaklumkan YB ada dimaklumkan perkara ini semasa berita perlantikannya dulu dibuat, tapi seperti biasa YB menganggap ini konspirasi Md Zaman.

Saya ada satu soalan untuk YB? Sejak Fahmi jadi setiausaha Politik YB, berapa agaknya undi yang PR dapat hasil kerja dan kerana usaha Fahmi Fadzil?

Bandingkan pula agaknya berapa undi yang YB boleh dapat jika dulu dilantik seorang yang berasal dari sini dan bergelumang dengan ahli-ahli grassroots di sini sebagai Setiausaha Politik?

Tepuk dada, tanya sendiri.

Saturday, March 19, 2011

Sam Ahmad kembali ke Rahmatullah

Semakin ramai Otai Reformasi yang meninggalkan perjuangan menghadap Yang Esa. Sam Ahmad, seorang pejuang tegar, kembali ke Rahmatullah baru-baru ini. Saya berpeluang bertemunya beberapa kali dan salute dgn semangat kentalnya.

Takziah kepada keluarga beliau. Innalillahiwainnailaihiraji'un.

Sunday, February 27, 2011

Kehilangan Parthiban pengajaran bagi YB Nurul

Tiba-tiba terbaca berita tentang kes Parthiban secara rasmi keluar parti. Beliau umumkan tubuh NGO baru, bersama-sama beberapa yang lain yang keluar dari parti.

Kalau pemergian Azman Tasi dan para sahabat dari kancah politik "grassroots" Lembah Pantai dan Wilayah Persekutuan tidak ditangisi, sebaliknya memang sengaja dicari dan direncana, kali ini YB Nurul betul-betul makan penyiku.

Parthiban bukan kecik anak. Dia memang rajin, sejak YB Nurul mula naik YB lepas PRU-12, memang pada mulanya dia kurang disenangi sikit oleh para sahabat di sini, tetapi lama-lama mahu tak mahu terpaksa respek juga kerajinannya turun padang. Lama beliau memegang jawatan Ketua Unit Kebajikan dan Masyarakat YB Nurul, malah terus-terang saya tak perasan pun ada orang dah ganti beliau. Ingat dia masih lagi pegang jawatan tu.

Dengar cerita rupa-rupanya dia tak puas hati kerana cerita biasa, dianaktirikan walaupun bertungkus-lumus buat kerja.

Sama seperti bapa nya juga DSAI, YB Nurul juga jenis yang lupa kawan, lupa siapa yang berjuang untuknya. Budak-budak baru yang pandai main twitter, yang pandai makan minum mahal-mahal di Chawan, berfacebook di Dome BSC diangkat jadi orang kiri-kanan, diberi pampasan yang tinggi.

Orang-orang yang memang susah seperti Parthiban, dibayar seciput saja tapi disuruh berlari kesana-sini tolong orang sana-sini. Nak makan apa, nak makan janji?

YB Nurul dalam twitter beliau mengatakan mereka dibeli. Sikit-sikit dibeli, sikit-sikit dibeli. Habis bagaimana jasa mereka yang segunung pada YB? Sama macam sampah. Tak ada nilai?? YB, jangan tak tahu ramai orang lama Keadilan yang menangis, sayu bercampur marah, tapi rata-ratanya sedih kecewa melihat tindak-tanduk YB. YB diterjunkan ke sini, dan mereka berjuang bermatian, tapi sikap YB terlalu bongkak, buta. terlalu mendengar cakap-cakap orang-orang luar dan budak-budak hingusan tentang bagaimana untuk menang, bukan bagaimana untuk servis rakyat di sini? kami di lembah pantai ini apa nilainya YB?

Secara terus-terang saya sudah lama muak dengan YB dan jika YB tidak ubah secepat mungkin, memang rasmi tidak akan mengundi YB di pilihanraya depan. dan kepad yang lain, selagi PR dan PKR cuba menafikan kegagalan Nurul di Lembah Pantai selagi itulah ramai penyokong PR akan mengambil keputusan tidur di hari Pilihanraya Umum. Makin teruk jika ada pula yang mengundi BN. Jika Raja Nong Chik dicalonkan jangan terkejut jika ramai penyokong PR peringkat nasional akan mengundi pula BN di Lembah Pantai! Kemungkinannya tinggi dia bertanding di sini kerana dia Pengerusi BN Lembah Pantai, walaupun ada sosek-sosekl budak-budak UMNO dia akan bertanding di Putrajaya.

Apapun, Parthiban dan kawan-kawan lain bukan yang terakhir jika terus-menerus begini. Kepada YB, jangan bersikap menuding dan menuduh, sedangkan culprit utama boleh YB lihat di cermin sendiri.

Thursday, January 6, 2011

PKR SARAWAK: KAMI ANAK TIRI ANWAR IBRAHIM

PKR Sarawak umpama keldai Anwar
Oleh ILLAM KUBONG AK DAGANG

Ramai sekali teman-teman berkongsi rasa kesal dengan apa yang berlaku kepada PKR. Akibat dari pemilihan parti tempohari sampai hari ini, PKR tidak henti-henti dengan dilanda berbagai-bagai masalah dan kontroversi. Banyak sudah anggota PKR di bawahan ini sudah hilang kepercayaan kepada barisan pimpinan. Ada antara mereka yang semakin kurang aktif malahan ada yang merancang mahu keluar ikut SNAP dan DAP. Sudah pasti perkembangan ini merisaukan jika PKR Pusat merasakan bahawa PKR Sarawak penting.

Pilihanraya Negeri Sarawak sudah semakin dekat. Pilihanraya ini amat penting untuk rakyat Sarawak yang selama ini diperbodohkan oleh Taib Mahmud. Pilihanraya ini sangat penting untuk rakyat di Sarawak yang mahu melihat Taib dan kroni-kroninya tumbang. Pilihanraya ini adalah harapan dan penantian rakyat Sarawak tidak kira bangsa Iban atau Cina atau Melayu.

Sebagai ahli PKR saya ada hak mahu menegur pemimpin atasan, khususnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membuat Sarawak seperti anak tiri beliau. Ramai ahli PKR Sarawak kesal apabila Ketua Umum tidak menjaga sensitiviti PKR Sarawak. Semua pemimpin PKR Sarawak kalah dalam pemilihan PKR baru-baru ini. Tidak ada seorang pun dari PKR Sarawak yang menang dalam peringkat tertinggi iaitu MPP. Seumpama ahli PKR tidak mengiktiraf pemimpin Sarawak untuk dimenangkan dalam MPP. Saya berkongsi pendapat dengan ramai ahli di Sarawak yang merasakan bahawa ini semua adalah disebabkan tidak ada usaha kepimpinan Dato’ Seri membawa pimpinan Sarawak (Suara Sarawak) ke peringkat MPP pusat. 12 pemimpin Sarawak menawarkan diri jadi calon, tetapi tidak ada seorang pun yang dipilih.

Keikhlasan perjuangan PKR di Sarawak nampaknya tidak serius. Sehingga hari ini selepas lebih satu bulan MPP ditubuhkan, Pengerusi PKR Sarawak masih belum dilantik. Untuk pengetahuan Dato’ Seri Anwar, pilihanraya Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. PKR Sarawak masih belum ada ketua. PKR Sarawak masih tidak tahu siapa pemimpin. Pilihanraya semakin tiba dan jentera parti belum ada. Bagaimana PKR mahu menang kalau sampai hari ini tidak dilantik ketua?

Propaganda BN cuba menghasut rakyat Sarawak supaya jangan percaya PKR. PKR adalah parti semenanjung. Bila difikirkan ada betulnya kata-kata “PKR ialah parti Semenanjung”. Semenanjung dahulu kemudian Sarawak dan Sabah.

Ahli PKR di Sarawak risau apabila sehingga hari ini masih belum apa-apa penerangan tentang persediaan menghadapi pilihanraya Sarawak. Sehingga hari ini tidak ada latihan dan persiapan PKR sebagai sebuah parti yang mahu melawan Taib Mahmud di Sarawak. Sehingga hari ini masih tiada lagi bajet pilihanraya yang turun kepada cabang-cabang untuk bergerak.

Janji Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahun lalu bahawa ahli parlimen PKR akan diarahkan bergilir-gilir setiap bulan datang ke Sarawak tidak menjadi kenyataan. Tidak nampak batang hidung YB-YB ahli parlimen PKR dari semenanjung datang Sarawak apatah lagi bertanya bagaimana persiapan PKR di Sarawak melawan rejim Taib. Pemimpin Kuala Lumpur datang minta undi, bikin janji baru, kemudian pulang ke Kuala Lumpur.

Jadi, bagi pihak ahli PKR Sarawak saya menegur kepimpinan Dato’ Seri Anwar dan ingin menyatakan akibat kelewatan melantik Ketua Negeri, PKR Sarawak berpuak-puak, berdendam sesama sendiri, berlawan sesama sendiri sampai hari ini.

Apa yang dikesali ahli bawahan parti, kelewatan ini bukan kali pertama. Tahun lalu (2009) perkara yang sama juga berlaku. Isunya juga sama – perlantikan jawatan Ketua PKR Sarawak digantung oleh pusat dan pengumuman Ketua PKR Sarawak ditangguh-tangguhkan.

Persiapan pilihanraya di Sarawak bukan seperti di Semenanjung. Kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri amat besar dan kemudahan jalanraya amat terhad. Soalnya sekarang di mana PKR Sarawak? Ada atau tiada? Serius atau tidak?

Sunday, January 2, 2011

Kes penipuan tanah di Selangor yg mengaitkan Azmin Ali. Betulkah?


Benarkah tuduhan dari Ureka ini ttg kes penipuan tanah di Selangor yg mengaitkan Azmin Ali? Tuduhan-tuduhan ureka tidak reda-reda walaupun lama sudah pemilihan parti berlangsung.

Sama ada ambil tindakan terhadap mereka-mereka di belakang Ureka atau ambil pot tentang tuduhan mereka. Sampai bila parti boleh bertahan dengan serangan sebegini dari bekas-bekas pendokong kuat? Kalau tuduhan mereka betul, parti perlu dibersihkan walaupun pahit!

Cerita sebenar tanah PKNS, Seksyen 52, Petaling Jaya

Miskam Hj. Suparman
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sejak berita mengenai penyelewengan tanah PKNS di Seksyen 52, Petaling Jaya, tersebar di internet, tiada pihak yang berkenaan tampil untuk membuat apa-apa penjelasan (sila baca di sini, sini, sini dan sini). Seolah-olah ada pekung yang hendak ditutup. Oleh sebab semua pihak yang berkenaan memilih untuk membisu, maka saya sebagai seorang ‘dalam’ yang arif dengan selok-belok PKR, merasa amat terpanggil untuk memberi gambaran yang sebenar.

Tanah yang terbabit ialah Lot 12, Petaling Jaya, di mana terletaknya ibu pejabat PKNS dan berkeluasan 9.85 ekar. Pada tahun 2005, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Khir Toyo telah menyerahkan 8 ekar dari Lot 12 kepada Puncak Wangi Sdn. Bhd. (sebuah syarikat tajaan UMNO?) Baki 1.85 ekar disimpan (mungkin untuk difaraidkan kepada Khir Toyo?).

Walaubagaimanapun soal syarat tanah untuk pembangunan masih belum dibereskan.

Pada Mac 2008, kerajaan BN tumbang digantikan dengan kerajaan PR yang diterajui oleh PKR di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Maka tergantunglah apa-apa jenis “business deal” yang telah disusun oleh Puncak Wangi dengan sesiapa yang bertanggungjawab dalam hal pembangunan tanah dalam kerajaan negeri Selangor sebelum ini.

Memandangkan berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan oleh Puncak Wangi untuk diterima sebagai anak emas PKNS sehingga menjadi tauke tanah Lot 12 kepunyaan PKNS ini, Puncak Wangi perlu membangunkan tanah tersebut dengan serta-merta untuk pulangan bagi membayar balik wang yang telah didahulukan bagi tujuan itu.

Menteri Besar yang baru, Khalid Ibrahim kemudian sengaja menyepikan apa-apa permohonan syarat pembangunan tanah tersebut kerana pada pendapat beliau masih ada ruang untuknya membela kepentingan rakyat Selangor dalam kes penganugerahan tanah kapada Puncak Wangi.

Menyedari jalan buntu dengan Khalid, usaha penyelesaian memerlukan bos-bos Khalid ditawar dengan apa-apa sahaja untuk mengarahkan Khalid berpihak kepada Puncak Wangi.  Khalid enggan berbuat demikian kerana sedar exco-exco DAP mengetahui keadaan sebenarnya. Maka timbullah krisis pimpinan PKR Selangor, dengan Azmin Ali meletakkan jawatan secara protes dari menjadi ahli Lembaga Pengarah PKNS dan sekaligus menggugat kedudukan Khalid sebagai orang pilihan PKR untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor.

Dengan titah perintah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan, satu penyelesaian yang segera perlu dihitungkan. Walaupun pada pandangan mata kasar PKR tidak patut berkompromi dengan lanun. Lainlah kalau ada udang disebalik batu. Agenda baru, mungkin?

Akhirnya, Azmin Ali dilantik menjadi Ketua PKR negeri Selangor bagi menggantikan Khalid (maka Azmin sekarang menjadi bos kepada Khalid dalam parti), dan Khalid dibenarkan terus menjadi Menteri Besar dan beliau berunding untuk memasukkan kepentingan rakyat Selangor dalam projek Lot 12, untuk menjaga air muka supaya tidak nampak sangat PKR melayan lanun.  Syukur Alhamdullilah masih ada lagi hamba Allah yang sedar asal-usul dan agamanya.

Cadangan terbaru dari Khalid ialah PKNS menyerahkan tanah baki 1.85 ekar kepada Puncak Wangi dan Puncak Wangi menyerahkan 30% syer keseluruhan projek yang sekarang menjadi 9.85 ekar kapada PKNS. Sama ada kompromi ini memberi manfaat secara ekonomi dan komersial kapada rakyat negeri Selangor, terpulanglah kepada penganalisa membuat kajian ekonomi-politik terperinci.

Yang nyata untuk dipersoalkan ialah, adakah wajar PKR menjadi kawan baru kepada Puncak Wangi, satu daripada syarikat-syarikat yang tumbuh seperti cendawan dalam era Mahathir dan menyebabkan kronisma ekonomi sehingga menggagalkan penyusunan semula ekonomi seperti diharapkan rakyat melalui Dasar Ekonomi Baru. Malah, berjuang menghapuskan keadaan dan kewujudan perkakas-perkakas sumbang seperti Puncak Wangi telah menjadi bahan kempen PR di PRU12, yang mana disambut baik oleh rakyat.

Sebagai sebuah “parti reformasi”, PKR berjanji kepada rakyat bahawa PKR tidak akan meneruskan cara pentadbiran BN. “We don’t promise you to just do things better, we promise to do things different altogether” jerit pemimpin anugerah Tuhan dan disambut oleh tempikan sokongan rakyat. Apa sudah jadi?

Desas-desus yang kedengaran sekarang ialah RM10 juta telah dijanjikan dan RM3 juta telah pun diberi. Kepada siapa? PKR masih tiada wang nampaknya. Wallah-huallam, hanya pemberi, penerima dan Allah Subhanalllahu wa taala sahaja yang tahu. Mungkinkah DAP akan berdiam diri? Atau didiamkan dengan cara yang sama? Rakyat tetap menjadi mangsa. Nampaknya buaya darat dan ular air boleh hidup di dalam atau di luar air bumi Malaysia selagi pimpinan Melayu cakap tak serupa bikin dan lupakan amanah rakyat.

Jangan bandingkan PKR dengan UMNO sebagai “lesser of the two evils”.  That was not the reformasi deal.  Rakyat tuntut agar janji-janji dikotakan oleh pemimpin walaupun kononnya dari penganugerahan Tuhan.  Berhati-hati dengan doa orang yang teraniaya.