tag:blogger.com,1999:blog-22149258486002649812024-03-13T05:31:29.605-07:00Semangat98semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.comBlogger16125tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-45144256134297938632011-10-09T02:15:00.000-07:002011-10-09T02:28:07.027-07:00Mana jawapan Ahli Parlimen PR yang ponteng Parlimen masa undi Kg Baru!!??

Membaca blog-blog sahabat rasanya isu kekalahan kita mempertahankan Kg Baru terasa sangat menjengkelkan.

Sebabnya?

Hanya 75 orang Ahli Parlimen BN yang turun mengundi, bermakna Pakatan Rakyat boleh menang jika semua Ahli Parlimen PR turun ke Parlimen.

Masalahnya hanya 28 SAHAJA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT yang peduli tentang nasib penduduk Kg Baru!

Siapa mereka yang hadir dan tak hadir ini?

YB-YB Pakatan Rakyat yang hadir ialah seramai 28 orang iaitu:

PAS :

Mahfuz Omar

Salahuddin Ayub

Mohd Firdaus bin Jaafar

Mohd Hayati Othman

Che Uda Che Nik

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Mohd Hatta Ramli

Khalid samad

Siti Zailah bt Mohd Yusuf

Wan Abd Rahim Wan Abdullah

Muhammad Husin

Che Rosli Che Mat

Mohd Nasir Zakaria

PKR :

Tian Chua

Zuraida Kamaruddin

Yusmadi Yusof

Azmin Ali

Loh Gwo Burne

Ahmad Kassim

Azan Ismail

DAP :

M Kulasegaran

Lim Lip Eng

Charles Santiago

Sim Tong Him

M Manogaran

Er Teck Hua

Fong Po Kuan

Fong Kui lun

SEMENTARA YANG TIDAK HADIR IALAH:

Kedah

P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)

P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)

P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)

Kelantan

P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)

P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)

P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)

P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)

P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)

P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)

Terengganu

P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)

P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)

Penang

P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)

P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)

P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)

P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)

P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)

P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)

P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)

P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)

Perak

P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)

P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)

P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)

P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) - PSM contest on PKR ticket

P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)

P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)

P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)

Pahang

P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)

Selangor

P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)

P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)

P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)

P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP)

P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR)

P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)

P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)

P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)

P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)

Wilayah Persekutuan

P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)

P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR)

P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)

P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)

P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR)

Negeri Sembilan

P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)

P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)

P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)

Sabah

P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)

Sarawak

P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)

P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)

13 MP PAS hadir. Antara yang tidak hadir ialah Haji Hadi, Nizar Zakaria, Dr Dzulkefly Ahmad dan Nasharudin Mat Isa.

Apa alasan tuan-tuan. Bukankah tuan-tuan yang kepingin sangat nak jadi Ahli Parlimen?

Di pihak PKR pula hanya 7 sahaja hadir. Ulangsuara, 7!

Yang tak hadir termasuk Ketua Umum Anwar Ibrahim, Naib Presiden Nurul Izzah, Saifudin nasution, Khalid Ibrahim dan Fuziah Salleh.

Dari DAP antara yang tak hadir ialah Karpal Singh, Gobind Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Sedih sungguh. Bukankah kesemua ini ada tanggungjawab untuk hadir.

Yang paling memualkan, paling disgusting, ialah hanya 5 MP Melayu PKR dari 16 MP melayu PKR yang hadir mengundi dalam menentukan satu perkara yang sangat penting bagi orang Melayu ini.

11 Melayu PKR tak hadir tau, 11!

Nurul Izzah, saya nak tanya sikit, YB tak hadir mengapa?

YB sibuk ke Indonesia berkali-kali, ke London, ke Oslo lah, ke mana-mana satu dunia atas tiket Parlimen Lembah Pantai, tapi ke Parlimen yang hanya beberapa minit pun tak boleh ke?

Bangang punya YB Lembah Pantai! Kalau macam ni lagi baik la hari mengundi kami tidur garu telur je. Lagi berbaloi!semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-19477803436061155032011-07-05T00:16:00.000-07:002011-07-05T00:23:16.298-07:00Titah DYMM YDP Agung selamatkan Nurul Izzah di Lembah PantaiRasanya YB Nurul Izzah antara yang paling lega dengan titah YDP Agung.

Dengarnya dia dicabar PAS Lembah Pantai supaya tunjuk berapa ramai PKR Lembah Pantai boleh hantar orang ke Perhimpunan Bersih.

YB Nurul janji 500 orang akan turun, tapi setakat 2-3 hari lepas sebelum titah Seri Paduka Baginda baru dapat 200 orang!

200 orang je PKR Lembah Pantai boleh bawak turun!

Itulah pasal. Kalau time Zaman dulu setakat riban-riban takda hal punya. Inilah jadinya kalau pilih orang-orang parachute dari luar jadi pegawai parti. Orang kaya mana nak turun demo YB!

PAS Lembah Pantai dengarnya jamin ribu boleh turun. Dan ini akan dijadikan salah satu justifikasi mereka untuk tuntut supaya PAS jadi calon Lembah Pantai kali ini. YB Nurul mungkin diminta pergi ke Permatang pauh atau kawasan selamat di PJ.

Tak taulah, kita sama-sama tunggu dan lihat je lah.semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-62551194694746631992011-06-08T20:20:00.000-07:002012-12-21T00:03:59.273-08:00Kami dah bagitahu YB Nurul dah pasal budak Fahmi Fadzil ni!Baru-baru ini Setiausaha Politik YB Nurul Izzah Fahmi Fadzil menjadi figure antarabangsa apabila diarah membuat 100 tweet memohon maaf pada Blue Inc corporation, kerana memfitnah atau lebih tepat melakukan "defamation" kepada syarikat tersebut dalam Twitter.

Seluruh TJ(TwitterJaya) dan TW(Twitterverse) mengangkat fahmi menjadi hero!

Tetapi kami di sini, dari kumpulan-kumpulan kecil penyokong-penyokong PKR (bekas) di Lembah Pantai melihat semua ini sambil menggeleng kepala.

Kenapa?

Fahmi Fadzil

Sejak mula lagi nama Fahmi Fadzil tiba-tiba dimaklumkan kepada kami akan dilantik menjadi Setiausaha Politik YB, kami ternganga. Siapa budak ini? Kenapa dia tiba-tiba dilantik memegang jawatan yang amat penting dalam satu constituency seperti Lembah Pantai ini? Tidakkah YB Nurul tahu bahawa disebabkan YB Nurul sendiri bukan asal dari kawasan Kerinchi dan Pantai Dalam, maka eloklah melantik Setiausaha Politik dari orang yang ori dari sini.

Dan yang terbaik, lantikan itu tidak dibincangkan, tapi YB hanya maklum saja. Seperti Datuk Seri Anwar juga, YB mengambil tindakan diktator.

YB mengatakan bahawa YB mahu orang muda.

Kenapa tak dilantik sahaja (pada masa itu) Md Zaman, atau Fadzlie sekurang-kurangnya, untuk merapatkan saf dan menguatkan parti? Bukankah pada masa itu Md Zaman adalah KETUA AMK CABANG dan KETUA AMK WILAYAH? Sebaliknya Md Zaman diketepikan dan seorang budak PJ yang datang dari keluarga kaya dilantik, semata-mata kerana beliau petah berkata-kata. Petah sangatlah dia sampai terpaksa membodohkan diri dalam Twitter mintak maaf.

Kami ada membuat sedikit homework mengenai Fahmi ini ketika itu. Dan apa yang kami lihat sungguh menakutkan. Beliau rupanya pernah terlibat dengan gerakan simpati komunis dan berita ini tersebar luas dalam Internet. Apakah kesannya jika berita ini disebarkan dalam komuniti Melayu di Lembah Pantai?

Fahmi ini budak sosial aktivis orang kaya. Dia bergerak dalam dunia teater yang penuh dengan orang-orang yang rajin komen dalam Malaysiakini, dan kita semua maklum apa pandangan dunia mereka. Sedangkan kehendak dan keperluan majoriti penduduk Lembah Pantai lebih 'basic'. Dia mungkin seorang budak yang baik dan seronok dibuat kawan, tapi dia tak sesuai dijadikan Setiausaha Politik.

Saya dimaklumkan YB ada dimaklumkan perkara ini semasa berita perlantikannya dulu dibuat, tapi seperti biasa YB menganggap ini konspirasi Md Zaman.

Saya ada satu soalan untuk YB? Sejak Fahmi jadi setiausaha Politik YB, berapa agaknya undi yang PR dapat hasil kerja dan kerana usaha Fahmi Fadzil?

Bandingkan pula agaknya berapa undi yang YB boleh dapat jika dulu dilantik seorang yang berasal dari sini dan bergelumang dengan ahli-ahli grassroots di sini sebagai Setiausaha Politik?

Tepuk dada, tanya sendiri.semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-61407583878470107062011-03-19T23:21:00.000-07:002011-03-19T23:21:02.446-07:00Sam Ahmad kembali ke RahmatullahSemakin ramai Otai Reformasi yang meninggalkan perjuangan menghadap Yang Esa. Sam Ahmad, seorang pejuang tegar, kembali ke Rahmatullah baru-baru ini. Saya berpeluang bertemunya beberapa kali dan salute dgn semangat kentalnya.

Takziah kepada keluarga beliau. Innalillahiwainnailaihiraji'un.semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-9680751327293977452011-02-27T09:54:00.000-08:002011-02-27T09:54:52.947-08:00Kehilangan Parthiban pengajaran bagi YB NurulTiba-tiba terbaca berita tentang kes Parthiban secara rasmi keluar parti. Beliau umumkan tubuh NGO baru, bersama-sama beberapa yang lain yang keluar dari parti.

Kalau pemergian Azman Tasi dan para sahabat dari kancah politik "grassroots" Lembah Pantai dan Wilayah Persekutuan tidak ditangisi, sebaliknya memang sengaja dicari dan direncana, kali ini YB Nurul betul-betul makan penyiku.

Parthiban bukan kecik anak. Dia memang rajin, sejak YB Nurul mula naik YB lepas PRU-12, memang pada mulanya dia kurang disenangi sikit oleh para sahabat di sini, tetapi lama-lama mahu tak mahu terpaksa respek juga kerajinannya turun padang. Lama beliau memegang jawatan Ketua Unit Kebajikan dan Masyarakat YB Nurul, malah terus-terang saya tak perasan pun ada orang dah ganti beliau. Ingat dia masih lagi pegang jawatan tu.

Dengar cerita rupa-rupanya dia tak puas hati kerana cerita biasa, dianaktirikan walaupun bertungkus-lumus buat kerja.

Sama seperti bapa nya juga DSAI, YB Nurul juga jenis yang lupa kawan, lupa siapa yang berjuang untuknya. Budak-budak baru yang pandai main twitter, yang pandai makan minum mahal-mahal di Chawan, berfacebook di Dome BSC diangkat jadi orang kiri-kanan, diberi pampasan yang tinggi.

Orang-orang yang memang susah seperti Parthiban, dibayar seciput saja tapi disuruh berlari kesana-sini tolong orang sana-sini. Nak makan apa, nak makan janji?

YB Nurul dalam twitter beliau mengatakan mereka dibeli. Sikit-sikit dibeli, sikit-sikit dibeli. Habis bagaimana jasa mereka yang segunung pada YB? Sama macam sampah. Tak ada nilai?? YB, jangan tak tahu ramai orang lama Keadilan yang menangis, sayu bercampur marah, tapi rata-ratanya sedih kecewa melihat tindak-tanduk YB. YB diterjunkan ke sini, dan mereka berjuang bermatian, tapi sikap YB terlalu bongkak, buta. terlalu mendengar cakap-cakap orang-orang luar dan budak-budak hingusan tentang bagaimana untuk menang, bukan bagaimana untuk servis rakyat di sini? kami di lembah pantai ini apa nilainya YB?

Secara terus-terang saya sudah lama muak dengan YB dan jika YB tidak ubah secepat mungkin, memang rasmi tidak akan mengundi YB di pilihanraya depan. dan kepad yang lain, selagi PR dan PKR cuba menafikan kegagalan Nurul di Lembah Pantai selagi itulah ramai penyokong PR akan mengambil keputusan tidur di hari Pilihanraya Umum. Makin teruk jika ada pula yang mengundi BN. Jika Raja Nong Chik dicalonkan jangan terkejut jika ramai penyokong PR peringkat nasional akan mengundi pula BN di Lembah Pantai! Kemungkinannya tinggi dia bertanding di sini kerana dia Pengerusi BN Lembah Pantai, walaupun ada sosek-sosekl budak-budak UMNO dia akan bertanding di Putrajaya.

Apapun, Parthiban dan kawan-kawan lain bukan yang terakhir jika terus-menerus begini. Kepada YB, jangan bersikap menuding dan menuduh, sedangkan culprit utama boleh YB lihat di cermin sendiri.semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-55571162979736702822011-01-06T00:57:00.000-08:002011-01-06T00:57:17.851-08:00PKR SARAWAK: KAMI ANAK TIRI ANWAR IBRAHIM

PKR Sarawak umpama keldai Anwar

Oleh ILLAM KUBONG AK DAGANG

Ramai sekali teman-teman berkongsi rasa kesal dengan apa yang berlaku kepada PKR. Akibat dari pemilihan parti tempohari sampai hari ini, PKR tidak henti-henti dengan dilanda berbagai-bagai masalah dan kontroversi. Banyak sudah anggota PKR di bawahan ini sudah hilang kepercayaan kepada barisan pimpinan. Ada antara mereka yang semakin kurang aktif malahan ada yang merancang mahu keluar ikut SNAP dan DAP. Sudah pasti perkembangan ini merisaukan jika PKR Pusat merasakan bahawa PKR Sarawak penting.

Pilihanraya Negeri Sarawak sudah semakin dekat. Pilihanraya ini amat penting untuk rakyat Sarawak yang selama ini diperbodohkan oleh Taib Mahmud. Pilihanraya ini sangat penting untuk rakyat di Sarawak yang mahu melihat Taib dan kroni-kroninya tumbang. Pilihanraya ini adalah harapan dan penantian rakyat Sarawak tidak kira bangsa Iban atau Cina atau Melayu.

Sebagai ahli PKR saya ada hak mahu menegur pemimpin atasan, khususnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membuat Sarawak seperti anak tiri beliau. Ramai ahli PKR Sarawak kesal apabila Ketua Umum tidak menjaga sensitiviti PKR Sarawak. Semua pemimpin PKR Sarawak kalah dalam pemilihan PKR baru-baru ini. Tidak ada seorang pun dari PKR Sarawak yang menang dalam peringkat tertinggi iaitu MPP. Seumpama ahli PKR tidak mengiktiraf pemimpin Sarawak untuk dimenangkan dalam MPP. Saya berkongsi pendapat dengan ramai ahli di Sarawak yang merasakan bahawa ini semua adalah disebabkan tidak ada usaha kepimpinan Dato’ Seri membawa pimpinan Sarawak (Suara Sarawak) ke peringkat MPP pusat. 12 pemimpin Sarawak menawarkan diri jadi calon, tetapi tidak ada seorang pun yang dipilih.

Keikhlasan perjuangan PKR di Sarawak nampaknya tidak serius. Sehingga hari ini selepas lebih satu bulan MPP ditubuhkan, Pengerusi PKR Sarawak masih belum dilantik. Untuk pengetahuan Dato’ Seri Anwar, pilihanraya Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. PKR Sarawak masih belum ada ketua. PKR Sarawak masih tidak tahu siapa pemimpin. Pilihanraya semakin tiba dan jentera parti belum ada. Bagaimana PKR mahu menang kalau sampai hari ini tidak dilantik ketua?

Propaganda BN cuba menghasut rakyat Sarawak supaya jangan percaya PKR. PKR adalah parti semenanjung. Bila difikirkan ada betulnya kata-kata “PKR ialah parti Semenanjung”. Semenanjung dahulu kemudian Sarawak dan Sabah.

Ahli PKR di Sarawak risau apabila sehingga hari ini masih belum apa-apa penerangan tentang persediaan menghadapi pilihanraya Sarawak. Sehingga hari ini tidak ada latihan dan persiapan PKR sebagai sebuah parti yang mahu melawan Taib Mahmud di Sarawak. Sehingga hari ini masih tiada lagi bajet pilihanraya yang turun kepada cabang-cabang untuk bergerak.

Janji Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahun lalu bahawa ahli parlimen PKR akan diarahkan bergilir-gilir setiap bulan datang ke Sarawak tidak menjadi kenyataan. Tidak nampak batang hidung YB-YB ahli parlimen PKR dari semenanjung datang Sarawak apatah lagi bertanya bagaimana persiapan PKR di Sarawak melawan rejim Taib. Pemimpin Kuala Lumpur datang minta undi, bikin janji baru, kemudian pulang ke Kuala Lumpur.

Jadi, bagi pihak ahli PKR Sarawak saya menegur kepimpinan Dato’ Seri Anwar dan ingin menyatakan akibat kelewatan melantik Ketua Negeri, PKR Sarawak berpuak-puak, berdendam sesama sendiri, berlawan sesama sendiri sampai hari ini.

Apa yang dikesali ahli bawahan parti, kelewatan ini bukan kali pertama. Tahun lalu (2009) perkara yang sama juga berlaku. Isunya juga sama – perlantikan jawatan Ketua PKR Sarawak digantung oleh pusat dan pengumuman Ketua PKR Sarawak ditangguh-tangguhkan.

Persiapan pilihanraya di Sarawak bukan seperti di Semenanjung. Kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri amat besar dan kemudahan jalanraya amat terhad. Soalnya sekarang di mana PKR Sarawak? Ada atau tiada? Serius atau tidak?semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-3396036633597216342011-01-02T01:14:00.000-08:002011-09-04T19:01:50.273-07:00Kes penipuan tanah di Selangor yg mengaitkan Azmin Ali. Betulkah?

Benarkah tuduhan dari Ureka ini ttg kes penipuan tanah di Selangor yg mengaitkan Azmin Ali? Tuduhan-tuduhan ureka tidak reda-reda walaupun lama sudah pemilihan parti berlangsung.

Sama ada ambil tindakan terhadap mereka-mereka di belakang Ureka atau ambil pot tentang tuduhan mereka. Sampai bila parti boleh bertahan dengan serangan sebegini dari bekas-bekas pendokong kuat? Kalau tuduhan mereka betul, parti perlu dibersihkan walaupun pahit!

Cerita sebenar tanah PKNS, Seksyen 52, Petaling Jaya

Miskam Hj. Suparman

Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sejak berita mengenai penyelewengan tanah PKNS di Seksyen 52, Petaling Jaya, tersebar di internet, tiada pihak yang berkenaan tampil untuk membuat apa-apa penjelasan (sila baca di sini, sini, sini dan sini). Seolah-olah ada pekung yang hendak ditutup. Oleh sebab semua pihak yang berkenaan memilih untuk membisu, maka saya sebagai seorang ‘dalam’ yang arif dengan selok-belok PKR, merasa amat terpanggil untuk memberi gambaran yang sebenar.

Tanah yang terbabit ialah Lot 12, Petaling Jaya, di mana terletaknya ibu pejabat PKNS dan berkeluasan 9.85 ekar. Pada tahun 2005, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Khir Toyo telah menyerahkan 8 ekar dari Lot 12 kepada Puncak Wangi Sdn. Bhd. (sebuah syarikat tajaan UMNO?) Baki 1.85 ekar disimpan (mungkin untuk difaraidkan kepada Khir Toyo?).

Walaubagaimanapun soal syarat tanah untuk pembangunan masih belum dibereskan.

Pada Mac 2008, kerajaan BN tumbang digantikan dengan kerajaan PR yang diterajui oleh PKR di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Maka tergantunglah apa-apa jenis “business deal” yang telah disusun oleh Puncak Wangi dengan sesiapa yang bertanggungjawab dalam hal pembangunan tanah dalam kerajaan negeri Selangor sebelum ini.

Memandangkan berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan oleh Puncak Wangi untuk diterima sebagai anak emas PKNS sehingga menjadi tauke tanah Lot 12 kepunyaan PKNS ini, Puncak Wangi perlu membangunkan tanah tersebut dengan serta-merta untuk pulangan bagi membayar balik wang yang telah didahulukan bagi tujuan itu.

Menteri Besar yang baru, Khalid Ibrahim kemudian sengaja menyepikan apa-apa permohonan syarat pembangunan tanah tersebut kerana pada pendapat beliau masih ada ruang untuknya membela kepentingan rakyat Selangor dalam kes penganugerahan tanah kapada Puncak Wangi.

Menyedari jalan buntu dengan Khalid, usaha penyelesaian memerlukan bos-bos Khalid ditawar dengan apa-apa sahaja untuk mengarahkan Khalid berpihak kepada Puncak Wangi. Khalid enggan berbuat demikian kerana sedar exco-exco DAP mengetahui keadaan sebenarnya. Maka timbullah krisis pimpinan PKR Selangor, dengan Azmin Ali meletakkan jawatan secara protes dari menjadi ahli Lembaga Pengarah PKNS dan sekaligus menggugat kedudukan Khalid sebagai orang pilihan PKR untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor.

Dengan titah perintah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan, satu penyelesaian yang segera perlu dihitungkan. Walaupun pada pandangan mata kasar PKR tidak patut berkompromi dengan lanun. Lainlah kalau ada udang disebalik batu. Agenda baru, mungkin?

Akhirnya, Azmin Ali dilantik menjadi Ketua PKR negeri Selangor bagi menggantikan Khalid (maka Azmin sekarang menjadi bos kepada Khalid dalam parti), dan Khalid dibenarkan terus menjadi Menteri Besar dan beliau berunding untuk memasukkan kepentingan rakyat Selangor dalam projek Lot 12, untuk menjaga air muka supaya tidak nampak sangat PKR melayan lanun. Syukur Alhamdullilah masih ada lagi hamba Allah yang sedar asal-usul dan agamanya.

Cadangan terbaru dari Khalid ialah PKNS menyerahkan tanah baki 1.85 ekar kepada Puncak Wangi dan Puncak Wangi menyerahkan 30% syer keseluruhan projek yang sekarang menjadi 9.85 ekar kapada PKNS. Sama ada kompromi ini memberi manfaat secara ekonomi dan komersial kapada rakyat negeri Selangor, terpulanglah kepada penganalisa membuat kajian ekonomi-politik terperinci.

Yang nyata untuk dipersoalkan ialah, adakah wajar PKR menjadi kawan baru kepada Puncak Wangi, satu daripada syarikat-syarikat yang tumbuh seperti cendawan dalam era Mahathir dan menyebabkan kronisma ekonomi sehingga menggagalkan penyusunan semula ekonomi seperti diharapkan rakyat melalui Dasar Ekonomi Baru. Malah, berjuang menghapuskan keadaan dan kewujudan perkakas-perkakas sumbang seperti Puncak Wangi telah menjadi bahan kempen PR di PRU12, yang mana disambut baik oleh rakyat.

Sebagai sebuah “parti reformasi”, PKR berjanji kepada rakyat bahawa PKR tidak akan meneruskan cara pentadbiran BN. “We don’t promise you to just do things better, we promise to do things different altogether” jerit pemimpin anugerah Tuhan dan disambut oleh tempikan sokongan rakyat. Apa sudah jadi?

Desas-desus yang kedengaran sekarang ialah RM10 juta telah dijanjikan dan RM3 juta telah pun diberi. Kepada siapa? PKR masih tiada wang nampaknya. Wallah-huallam, hanya pemberi, penerima dan Allah Subhanalllahu wa taala sahaja yang tahu. Mungkinkah DAP akan berdiam diri? Atau didiamkan dengan cara yang sama? Rakyat tetap menjadi mangsa. Nampaknya buaya darat dan ular air boleh hidup di dalam atau di luar air bumi Malaysia selagi pimpinan Melayu cakap tak serupa bikin dan lupakan amanah rakyat.

Jangan bandingkan PKR dengan UMNO sebagai “lesser of the two evils”. That was not the reformasi deal. Rakyat tuntut agar janji-janji dikotakan oleh pemimpin walaupun kononnya dari penganugerahan Tuhan. Berhati-hati dengan doa orang yang teraniaya.
semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-3355340271050394052010-12-09T02:01:00.000-08:002010-12-09T02:01:48.929-08:00Chegubard Bertelur! Syabas!Sejak pra-pemilihan MATC Lembah Pantai yang mana otai-otai dipersenda, hingga pada pemilihan sebenar MATC Lembah Pantai yang menyaksikan berbagai ketidakadilan bakal Naib Presiden si Nurul Izzah, sampai lah pada pemilihan Pusat, diri ini langsung takda semangat langsung dengan PKR.

Bak kata Raja Petra, kalau macam ni dah lagi teruk dari UMNO!

Langsung tak respek semua yang terlibat. Malas nak cerita.

Tapi apa pun, aku respek Chegubard, walaupun aku lebih berat nak Shamsul menang Ketua AMK. Aku sokong Chegubard mulanya, tapi bila Shamsul bertanding balik AMK, kena jugalah sokong dia. Kat Lembah Pantai ni kira kitorang pun kenal la Shamsul ni macammana. Dia ok.

Tapi aku respek Chegubard atas pendirian dia. yang terbaru dia kata begini,

“Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia,”
Tambahnya lagi,

“Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan.
Respek Chegubard. At least dia ada prinsip.

Tapi apa pun aku rasa akhirnya Chegubard ni tersungkur juga kena tikam dengan malaun yang banyak dalam PKR.semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-46005230053363355342010-11-30T00:55:00.000-08:002010-11-30T00:56:09.690-08:00YB Nurul Izzah, yang haram tetap haram.

YB Nurul Izzah, yang haram tetap haram. Sebagai isteri kena jaga lah sikit pergaulan.

Takda lah baik mana pun, pengundian MATC Lembah Pantai main kotor jugak!semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-85464389472915716492010-11-09T22:38:00.000-08:002010-11-09T22:47:47.450-08:00Bila OTAI Reformasi Keluar Parti, saat memilukan buat para pejuang lamaBagi saya terdapat 2 kumpulan yang jelas dalam Parti Keadilan Rakyat.

Pertama, golongan yang kesedaran politik dan tanggungjawab dirinya sebagai manusia, terbangkit dan membara melihat ketidakadilan yang dikenakan ke atas Timbalan PM ketika itu iaitu DS Anwar Ibrahim ketika beliau dibuang dan dibuat macam-macam pada tahun 1998. Golongan ini bangkit tanpa ada platform parti atau NGO, bangkit tanpa takut dengan kegilaan Mamak Mahathir, bangkit tanpa ada niat mahu kuasa atau kaya atau projek atau jawatan.

Kedua, golongan yang masuk dan melibatkan diri dalam PKR bila PKR telah kuat, iaitu bila melihat penglibatan dalam PKR boleh memberi untung kepada diri sendiri.

Kala ini, kelihatan makin ramai golongan Pertama yang dipinggirkan dan dilupakan, dibuat macam anak-anak kecil yang nakal dan bodoh.

Malangnya yang meminggir dan melupa jasa-jasa mereka ialah pemimpin-pemimpin tertinggi sendiri.

Keadaan ini lah yang terjadi di Lembah Pantai, dan memuncak semasa pemilihan MATC yang menyaksikan semua orang lama dipinggir dalam pemilihan secara jahat dan penuh tipudaya. Peminggir nya ialah Bakal Naib Presiden PKR sendiri, anak Ketua Umum, anak Presiden, YB Nurul Izzah.

Di banyak tempat lain pun, keadaan serupa berlaku.

Dan akibat dari semua ini, ramai yang mengundur diri. Zaid Ibrahim bukan orang pertama dan terakhir.

Petikan di bawah saya ambil dari blog CucuMatKilau, mengisahkan bagaimana CucuMatKilau @ Mohd Shukri Mohd Ramli mengumumkan keluar parti. Cucumatkilau ialah seorang blogger ulung reformasi yang mula berblog pada tahun 1998 iaitu semasa zaman reformasi dan juga bekas Calon PKR dalam PRU-12 bagi DUN Kemayan Parlimen Bera.

"Tindakan Keluar Parti Bukanlah Satu Keputusan Yang Bijak, Namun Demi Meneruskan Perjuangan CMK Rela Bebaskan Diri Jika Itu Sudah Takdirnya

Ramai yang terkejut dengan keputusan CMK untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini. Satu keputusan yang cukup berat dalam sejarah hidup CMK sebenarnya. Sselepas lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan Keadilan, akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri. Selama ini apa saja yang berlaku kepada Anwar dan Keadilan pasti CMK akan pertahankan bermati-matian, sama seperti penyokong "tegar" PKR yang lain. Namun, sejak akhir-akhir ini CMK merasakan bagai satu kesalahan besar jika CMK gagal menegur dan mengembalikan semula maruah parti yang kini mula tercalar gara-gara pemilihan 2010 yang sedang berjalan sekarang ini. Budaya jahiliah kini menyelinap masuk secara meluas ke dalam parti dan ia menyebabkan hala tuju perjuangan PKR sedikit tersasar sebenarnya. Biar pun perkara ini tidak mahu diakui namun itulah hakikatnya. Kuasa sudah mula duduk didepan dan perjuangan rakyat mula goyah sekarang ini. Semunya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang. Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. Malah, tidak kurang juga yang menanam hasrat untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Pengarah Syarikat, Exco, Ahli Majlis dan sebagainya. Bagi mereka, harapan untuk itu semakin terpancar luas bila mana melihat gelombang kebangkitan suara rakyat kini berada ditahap yang memungkinkan agenda perubahan itu berlaku. Dek kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar "pantang" selama ini. Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO BN dulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa. Politik wang, pancas memancas, fitnah, kutuk, caci mencaci, bomoh, gaduh hinggalah kepada membeli undi sudah tergamak mereka lakukan sekarang. Mungkin, merasakan tidak ada cara lain lagi untuk menang menyebabkan mereka sanggup kembalikan semula amalan jahiliah itu semata-mata mahukan kuasa. Inilah yang berlaku dalam parti mutakhir ini sebenarnya.

Proses Pemilihan Parti Kini Nampak Mula Diragui

Bagi CMK ini adalah tidak baik untuk parti. Selama ini CMK mempertahankan Keadilan atas alasan parti itu lebih baik dari UMNO. Berbagai hujah dan alasan diberikan untuk menolak hujah pihak lawan yang mempertikaikan perjuangan Keadilan. Namun, apalah guna untuk berpura-pura buat selamanya. Segala yang berlaku kini terbentang didepan mata malah bertambah parah lagi dipusingan akhir pemilihan 2010 ini sebenarnya. Tambah parah lagi, apabila badan bebas yang sepatutnya bertindak secara adil dan profesional bagi mengadili pemilihan parti juga dilihat semakin tidak telus mutakhir ini. Badan bebas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), sekadar menjadi robot untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu. Badan tersebut tidak wajar disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang secara jelas mencabuli amalan demokrasi yang mahu dipertahankan itu. Malah salah seorang calon Timbalan Presiden iaitu Mustafa Kamil Ayub sendiri mengatakan "Proses pemilihan Parti KEADILAN telah bermula pada 29 Oktober 2010, namun apa yang kita harapkan untuk memperolehi satu sistem pemilihan yang adil dan telus daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) semasa mengendalikan proses pemilihan amatlah mendukacitakan". Kata orang "jika tiada angin masakan pokok bergoyang". Namun, mungkin ada yang tidak dapat menerima kenyataan ini dan sanggup biarkan ia berlaku didepan mata. Namun, ia tidak mungkin bagi CMK. Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung oleh rakyat apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri. Bukankah amalan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang memperjuangkan agenda perubahan buat rakyat.

Keputusan Keluar Parti Bukan Satu Tindakan Bijak

Keputusan untuk tinggalkan PKR bukanlah satu keputusan yang bijak sebenarnya. Sebab itu CMK mengambil tempoh yang lama untuk membuka ruang perbincangan tentang hal ini. Namun, tiada jalan penyelesaian konkrit yang sepatutnya menjadi alternatif kepada semua ini. Ramai yang menuduh kononnya CMK kecewa dan tidak punyai semangat perjuangan yang kental jika keputusan ini dibuat. Mereka bebas mengatakan apa saja, termasuk menghemburkan kata-kata hina kepada CMK. Namun, bagi CMK jika berlaku pun tindakan yang dimaksudkan bukan bermakna CMK tewas dalam perjuangan. Perjuangan membela rakyat masih diteruskan seperti biasa cuma mungkin dalam medium yang berbeza. Jika selama ini CMK terikat dengan imej kepartian, mungkin selepas ini CMK lebih bebas dan neutral. Ruang kebebasan itu memberi peluang kepada CMK untuk menegur dan mengkritik secara lebih telus lagi pada masa-masa yang akan datang. CMK bukanlah pemimpin politik seperti lain-lain sahabat biarpun pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-12 pada tahun 2008 dulu. Maka itu CMK punyai hak untuk memilih jalan sendiri sebenarnya.

semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-52480564551189579762010-11-05T12:31:00.000-07:002010-11-08T18:26:28.538-08:00Gangster Team Harapan Baru Lembah Pantai buat kecoh pulak kat Klang!Selepas saya tulis artikel berjudul "Team Harapan Bachin anak Ketua Umum dan Presiden menipu!" itu hari, sambil mengepilkan bukti bergambar penipuan Team Harapan Baru yang busuk politiknya, ada lah sorang-dua sahabat dari Cabang-cabang lain (yang tau aku yang buat blog) ni menegur saya. Kata mereka, tak percaya lah sampai macam tu sekali Nurul Izzah main politik, sampai pakai gangster.

Jawab saya senang je. Habis dah disapunya gangster jadi ahli asal dapat undi nak kalahakan Mat Zaman, beginilah jadinya!

Tup-tup tiba-tiba timbul kes Rahimi mangkuk ayun yang kena serang kat Klang masa nak buat press conference dgn gang-gang India.

Saya pun perhati dekat-dekat gambar penyerang-penyerangnya dan HAH! saya kenal sorang!

Ini lah antara muka yang buat kecoh itu hari menipu kat Lembah Pantai!

Kat bawah ni gambar dia dan detail yang saya dapat dari satu blog lain, saya copypaste kan untuk bacaan sesiapa yang tak percaya kat saya itu hari.

Puak-puak ni memang kaki gangster, dan mereka inilah antara yang menguasai PKR Lembah Pantai sekarang.

Nafi ahli: Reformis kesal kenyataan timbalan presiden 7 Oktober 2010

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husain Ali bahawa kumpulan yang mengganggu sidang media bekas pembantu Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, semalam bukan ahli PKR dan diupah sendiri oleh Rahimi Osman.

Aktivis Reformasi tampil untuk membantu YB Senator Timbalan Presiden untuk mengenal pasti kumpulan yang dimaksudkan. Antara yang bersama kumpulan tersebut adalah:

1. Sdr. Puspa seorang ahli dan aktivis parti yang telah berjuang sejak 1998.

2. Sdr. Rama aktivis parti dari cabang Lembah Pantai yang juga pernah menyumbang satu unit penghawa dingin kepada pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.

3. Sdr. Krisnasamy, mantan Timbalan Pengerusi PKR Klang.

Rupa-rupanya nama dia Rama!semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-90654043557775353232010-10-13T22:24:00.000-07:002010-10-13T22:24:38.513-07:00YB Nurul tak datang pun tengok maslah kat Kondo Rakyat. Sibuk kempen ke?Hari ini saya membuka Facebook YB Nurul Izzah. Inilah kali pertama aku buka FB beliau selepas MATC Lembah Pantai tempohari.

Status terbarunya hari ini ialah:-

"Perjumpaan bersama Cabang2 PKR Selangor malam ini jam 8.30 malam di Restaurant Wembley Klang :)"

Status sebelumnya pula ialah:-

"Program Surau Nur Hidayah Pantai Permai :)".

Untuk makluman pembaca, Program di Pantai permai ini ialah program lama pada 3hb Sept 2010. sila tengok sini untuk bukti

http://www.nurulizzah.com/site/2010/09/03/program-surau-nur-hidayah-pantai-permai/

Saya nak tanya sikit pada YB kaki tumpang program ini, yang menuduh kami kumpulan Reformis memporak-perandakan PKR Lembah Pantai,

"itu je ke program ko boleh buat?!"

YB Nurul ni tahu kah semalam Kondo Rakyat ada masalah air.

Habis sampai tengahari ni tak nampak-nampak muka apa ke jadahnya ko jadi wakil rakyat ni? Ni sibuk plak malam ni nak pegi Klang, Klang tu ke yang undi ko jadi ahli parlimen itu hari? Sibuk berkempen, sibuk kehulu-kehilir keluar negara, tempat sendiri tak turun.

Mana Team harapan Baru bodoh tu? Tak hantar laporan ke?

Sibuk sangat luar kawasan, tak payah jadi wakil rakyat sinilah! Jadi wakil rakyat kat Indon ke, bukan ke orang sana sayang kat awak?

Ini ke sebabnya admin YB terpaksa cover line letak program lama di Pantai Permai sebagai status update FB?

Malu lah sikit yb woi!semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-996879128060132072010-09-28T19:47:00.000-07:002010-09-28T19:47:03.437-07:00Team Harapan Bachin anak Ketua Umum dan Presiden menipu! Bukti bergambar.Saya masih marah berikutan pemilihan MATC Lembah Pantai tempohari. Saya juga merasa kecewa dengan MATC yang berlangsung di tempat lain juga. Berpuluh malah mungkin beratus SMS diterima dari para sahabat di cabang-cabang lain menceritakan berbagai benda magic dan ajaib dan sial yang berlaku di tempat diaorang juga.

Tapi sebagai manusia marah sudah semakin hilang. Kecewa juga kurang. Tetapi perasaan tak puas hati makin kuat. Juga perasaan ralat seralat-ralatnya sebab daripada feedback kawan-kawan seperjuangan dalam Team Otai terutama dalam sembang satu sama satu, nampaknya ada kemungkinan perjuangan kami selama ini di Kerinchi dan Lembah Pantai amnya mungkin semakin lemah dan hapus begitu saja. Biarlah tengok betapa terer dan hebatnya barisan Harapan Bachin yang baru ni nanti.

Saya tak ada mood menulis banyak. Tapi atas dasar tak puas hati dengan kawan-kawan yang tak melihat sendiri perkara ini depan mata dan dengan senang suruh kami lupakan semuanya dan kembali pada perjuangan, sila lihat gambar-gambar berikut, yang terjadi di MATC Lembah Pantai.

Tengoklah macammana orangorang YB Nurul masing-masing memegang sebundle kertas undi dan memangkah nya dgn selamba kodok di depan mata pengawas. Tengoklah betapa tak adilnya geng team Harapan Bachin boleh keluar masuk sesuka hati, pangkah sesuka hati, buat macam ini parti estet!

Siapa mereka ini semua!? Bila masa mereka ini berjuang? Bila masa mereka ini kena rotan fru, kena sembur, kena maki, kena terajang?

Lihat saja lah gambar-gambar bagaimana Team Harapan Baru YB Nurul Izzah, anak Ketua Umum dan Presiden, yang ada antara kami tinggalkan anak bini berhari-hari untuk perjuangkan sudah 12 tahun, menipu di siang hari.

Hari yang hitam untuk Keadilan.

Buat lah kesimpulan sendiri, siapa yang sudah lupa tentang perjuangan.semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-5568806517442551472010-09-26T19:39:00.001-07:002010-09-28T19:29:33.128-07:00Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkanPemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan. Terus-terang aku katakan kalau macam ni lah memang celaka lah penipu-penipu sekalian dalam Parti yang kami di sini yang hidupkan di Lembah Pantai ini.

Apa taknya, macam mana yang daftar cuma 513 nama, tapi kertas undi keluar sampai 583. Yang 70 extra tu datang dari mana. Bila kita minta berhenti JPP teruskan juga dengan pemilihan. lepas tu penyokong-penyokong Team Harapan baru YB Nurul Izzah yang kononnya pengawal dia menyerang pulak kami. Sedangkan kami yang kempen macam nak mampus nak menangkan dia ni. Bangsat apa ni?

Kenapa teruk sangat proses? kertas undi tak ada no siri, jadi orang boleh senang-senang fotostat kaler. Sekarang fotostat warna kat mana-mana pun ada. Memang kami nampak dengan mata kepala sendiri ada Cina bawa keluar borang-borang tersebut, padahal dia bukan pengawas pemilihan pun. Ada pula calon tolong pangkah atau isi borang orang lain. Bila pengawas suruh keluar, depa tak nak keluar. Tak ada sistem langsung proses yang dijalankan, ikut suka hati saja.

kalau lah SPR yang buat undi macam ni, dah lama dah riot dan huru-hara satu negara. Teruknya. Calon-calon keluar masuk dewan, tak nak dengar cakap pengawas pilihanraya. Macam parti mak bapak sendiri dibuatnya. Eh eh ...

Lepas tu untuk pengetahuan YB Azmin, kami kat sini memang nampak dah lagi banyak tangan yang diangkat masa nama YB Azmin diundi, tup-tup Zaid menang. Konspirasi apa jadah ni?!semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-5904112151006032012010-09-22T21:20:00.000-07:002010-09-26T18:51:42.124-07:00Amaran Pertama dari Reformis '98 PKR Lembah Pantai kepada YB Nurul Izzah!Membujur lalu Melintang Patah!

Kalau takut dengan risiko jangan bicara tentang perjuangan!

Orang lama dalam reformasi Lembah Pantai, sebelum zaman ada parti lagi, semua faham tentang kata-kata ini.

Malangnya kita pula yang diketepikan bila laba mengabui mata.

Buat baik dibalas tuba!

Well, lawan tetap lawan!

Blog ini akan membuka pekung jerung-jerung dan bilis-bilis yang mengelilingi YB Nurul Izzah yang tidak mendapat maklumat tepat tentang keadaan sebenar di Lembah Pantai.

Sejak Ramadhan lagi, kumpulan-kumpulan ini memburukkan semua OTAI yang dilihat dalam kumpulan Md Zaman, sedang kasih golongan "old timer" sebenarnya ialah terhadap perjuangan asal parti iaitu Perjuangan Rakyat, bukan perjuangan cari jawatan lepas menang! Md Zaman, Rosly, Kak Leha, Fadzlie, Pak Joe, Meor semuanya diperlekehkan. Pelajaran dan latarbelakang rakyat marhaen dijadikan alat melecehkan golongan OTAI.

Sedangkan inilah muka yang telah berjuang sejak zaman Zainur lagi, membawa kepada zaman Dr Sanusi Osman dan akhirnya menumbangkan Gergasi UMNO Dato Seri Shahrizat Abd Jalil di Parlimen Lembah Pantai.

YB pun satu. Buka lah mata sikit. Pengalaman tak ada, orang yang YB import pun semua orang baru dan ramai masih hingusan. Apa yang mereka tahu? Berlagak pandai seolah-olah ini perjuangan mereka! Habis macam mana ni YB? Nak menang atau tidak PRU-13 nanti?

YB harus ingat ada orang-orang di sekeliling YB pernah cuba meletakkan calon Dato Kamal Husin dari umno untuk calon PKR, kalau PKR tak terima mereka akan keluar parti beramai-ramai. Muka-muka ini masih bersama YB. Apa isi hati mereka sekarang?

YB harus ingat, kami OTAI tidak akan selama-lamanya merelakan saja.

Ini amaran pertama!semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2214925848600264981.post-57097611165448823802010-09-21T21:34:00.000-07:002010-09-21T21:34:29.299-07:00Blogger OTAI PKR sokong CheguBardAku sokong Chegu Bard

Ramai yang menjangkakan debat calon Ketua AMK akan panas. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, dan ada yang mengatakan hambar.

(Artikel ini diambil dari blog Matsamankati di sini http://ureka.asia/2010/09/aku-sokong-chegu-bard/)

Aku tak tau apakah kriteria yang digunakan untuk menilai sama ada ianya panas, sejuk, hebat atau hambar. Tapi aku yakin, mereka yang merasakan ianya hambar kerana tidak ada tuduh menuduh, hujah-menghujah ala Presidential Debate Amerika…atau pun macam debat Anwar-Shabery Cheek.

Tetapi.. apabila Presidential Debate diantara Obama dan Hillary juga dikatakan hambar oleh CNN. tidak ada tuduh menuduh, tidak ada kontradiksi kerana mereka dari parti yang sama. Dasar yang sama, misi yang sama dan visi yang sama. Mungkin hanya pendekatan yang berbeda.

Itu sebab aku tak pernah menyebut debat itu debat ala-Presidential, sebaliknya hanya menyebut Debat 4 penjuru. Mungkin kalau Shamsul Iskandar ada pada malam tu, mungkin panas sikit. Tetapi oleh kerana Sam tak ada, nak kutuk sapa?

Persiapan malam tu pun ada kekurangannya. Aku ingatkan, bila buat kat tempat best macam Taiping Golf Resort, peralatan pun bagus, tapi sound-system kaput. PA system ceramah aku pun tak buat kacau macam tu. Aku rasa macam nak baling mikrofon.

Internet connection pun teruk…so sapa yang tengok live malam tu sori la. Anaz dah buat apa yang terdaya.

Itu kelemahan..tapi aku juga minta hangpa faham. Program itu dibuat dengan zero budget. Team UREKA main terjun saja…kalau jadi..jadilah. Kami mahu menjadi perintis. Lepas ni, aku dengar dah ada orang lain nak buat. IKD nak buat, MyDemocracy Watch pun nak buat. Aku kata..bagus.

Dalam sessi pertama, sessi pidato..aku tak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Hasmi. Aku rasa macam mengikuti kelas sejarah untuk menaikkan semangat. Tak ada blueprint, perancangan dan wawasan yang disampaikan oleh Hasmi. Kalau ada pun, mungkin aku tak faham.

Ini diikuti denga Rafizi. Memang bagus. Cara penyampaian yang jelas dan dia dapat menerangkan visi dan misinya dengan jelas dalam masa 20 minit yang diberikan. Kalau nak berbahas, aku rasa dia menang.

Kemudian Chegu Bard. Kelebihan Chegu Bard ialah memukau penonton. Aku cuma pernah dengar ceramah Chegu Bard mungkin dua kali. Tapi mungkin kerana kelebihan dia berceramah yang menyebabkan orang Pas selalu sangat panggil dia. Dan Chegu Bard juga berjaya merangkumi semua yang aku nak dengar. Tentang macam mana nak perkukuhkan AMK, macam mana nak cari duit…dan yang paling penting, Chegu Bard menetapkan kepentingan iaitu bagaimana nak memenangi pilihanraya.

Kalaulah debat tersebut dijalankan secara format Akademi Fantasia, Hasmi out dipusingan pertama.

Sessi kedua ialah dialog dengan penonton.

Sebelum program ini dijalankan, kami telah berbincang tentang segala kemungkinan. Mungkin ada yang provokatif…mungkin ada yang membangkitkan persoalan peribadi. Dan mungkin juga ada yang akan menanyakan soalan budak darjah satu.

Akhirnya kami bersetuju bahawa apa saja yang akan terjadi akan menampakkan imej AMK itu sendiri. Biar saja.

Kalau ada penonton tunjuk gambar Chegu Bard berpeluk dengan Maya Karin…mampuih pi la. Kalau ada yang nak kutuk Rafizi pun…kutuk la.

Tapi itu semua tidak terjadi. Cuma ada soalan provokatif dari Juwaini dan Dawai Kokot. Yang tu aku suka.

Semua soalan yang lain dapat dirungkai oleh Chegu Bard dan Rafizi dengan baik, tapi bila soalan provokatif dari Juwaini yang bertanyakan kepada Rafizi tentang punca dia meninggalkan AMK dulu menyebabkan aku sudah kurang berminat dengan Rafizi.

Rafizi meninggalkan AMk kerana tidak bersetuju dengan Ezam berkenaan dengan kemasukan wanita muda dalam AMK. Benar..itu soal prinsip. Tapi kalau tak bersetuju…terus ambil keputusan letak jawatan, aku jadi fobia.

Macam mana kalau dah jadi Ahli Parlimen, kemudian tak setuju dengan Ketua Whip atau tak setuju dengan Presiden…Rafizi letak jawatan kerana prinsip?

Sorry la. Zulkifli Nordin, Jamal, Osman, Zahrain, Wee Choo Keong…semuanya letak jawatan dan keluar parti kerana prinsip. Yang naya…tukang gantung bendera, tukang tampal poster.

Oleh kerana dia kata dia yang cari duit untuk parti…aku rasa dia patut teruskan bidang kemahiran dia. Aku tak nampak Rafizi boleh memimpin Generasi Reformasi. Apa yang aku nampak, Rafizi lebih banyak menceritakan tentang apa yang dia buat…berlainan dengan Chegu Bard yang lebih banyak mengiktiraf peranan orang lain. Mungkin itu sebabnya Chegu Bard lebih diminati.

Apabila Dawai kokot memberikan label ‘elitist’ kepada Rafizi, Rafizi cuba memberikan analogi Aung San Su Kyi. Lagi la aku pissed-off. Aung San Su Kyi diangkat oleh rakyat Burma, tetapi Rafizi diturunkan oleh Anwar Ibrahim. Gone!!

Dan sesuatu yang janggal dan mungkin ditertawakan oleh Hishamuddin Rais ialah apabila Generasi Reformasi memakai baju batik. Nasib baik perut tak boroi.

Aku lebih suka pendekatan Chegu Bard. Walaupun tak ditawarkan apa-apa jawatan oleh Sam, dia terus buat kerja. Dan apabila dia mengutamakan pemerkasaan AMK untuk menghadapi pilihanraya, yang tu aku setuju. AMK cuma hidup atas nama saja. Nak menghadapi pilihanraya, jentera pilihanraya kena kuat.

Duit belum tentu menguatkan jentera. Yang perlu ialah semangat dan kerja kuat dari ahli-ahli yang komited. Betul duit itu perlu, tapi itu bukan yang utama. Sebaliknya, yang tinggal dalam parti adalah mereka yang tak berduit. Mereka yang nak cari duit, keluar parti.

Satu lagi kesilapan Generasi Reformasi ialah apabila mengumumkan barisan kepimpinan bayangannya. Dah la tak ada sorang pun wanita muda didalamnya, ditambah pula dengan sejarah Rafizi yang bertindak meletak jawatan kerana menentang percantuman wanita muda dalam AMK. Apa pun alasan yang diberi, persepsinya ialah Generasi Reformasi anti-wanita.

Lebih teruk..apabila Rafizi mengumumkan mereka yang didalam barisannya tanpa persetujuan mereka yang terbabit. Salah seorang darinya ialah Chang Lih Kang yang dikatakan termasuk didalam barisan kepimpinan Generasi Reformasi. Sedangkan Chang Lih Kang ialah running-mate Chegu Bard. Sebiji stail Azmin.

Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki tapi aku lebih berkeyakinan terhadap Chegu Bard untuk memperkasakan AMK.

Untuk pemilihan kali ini, aku sokong Chegu Bard.

http://ureka.asia/2010/09/aku-sokong-chegu-bard/semangat98http://www.blogger.com/profile/11559716406232929981noreply@blogger.com0