Sunday, February 27, 2011

Kehilangan Parthiban pengajaran bagi YB Nurul

Tiba-tiba terbaca berita tentang kes Parthiban secara rasmi keluar parti. Beliau umumkan tubuh NGO baru, bersama-sama beberapa yang lain yang keluar dari parti.

Kalau pemergian Azman Tasi dan para sahabat dari kancah politik "grassroots" Lembah Pantai dan Wilayah Persekutuan tidak ditangisi, sebaliknya memang sengaja dicari dan direncana, kali ini YB Nurul betul-betul makan penyiku.

Parthiban bukan kecik anak. Dia memang rajin, sejak YB Nurul mula naik YB lepas PRU-12, memang pada mulanya dia kurang disenangi sikit oleh para sahabat di sini, tetapi lama-lama mahu tak mahu terpaksa respek juga kerajinannya turun padang. Lama beliau memegang jawatan Ketua Unit Kebajikan dan Masyarakat YB Nurul, malah terus-terang saya tak perasan pun ada orang dah ganti beliau. Ingat dia masih lagi pegang jawatan tu.

Dengar cerita rupa-rupanya dia tak puas hati kerana cerita biasa, dianaktirikan walaupun bertungkus-lumus buat kerja.

Sama seperti bapa nya juga DSAI, YB Nurul juga jenis yang lupa kawan, lupa siapa yang berjuang untuknya. Budak-budak baru yang pandai main twitter, yang pandai makan minum mahal-mahal di Chawan, berfacebook di Dome BSC diangkat jadi orang kiri-kanan, diberi pampasan yang tinggi.

Orang-orang yang memang susah seperti Parthiban, dibayar seciput saja tapi disuruh berlari kesana-sini tolong orang sana-sini. Nak makan apa, nak makan janji?

YB Nurul dalam twitter beliau mengatakan mereka dibeli. Sikit-sikit dibeli, sikit-sikit dibeli. Habis bagaimana jasa mereka yang segunung pada YB? Sama macam sampah. Tak ada nilai?? YB, jangan tak tahu ramai orang lama Keadilan yang menangis, sayu bercampur marah, tapi rata-ratanya sedih kecewa melihat tindak-tanduk YB. YB diterjunkan ke sini, dan mereka berjuang bermatian, tapi sikap YB terlalu bongkak, buta. terlalu mendengar cakap-cakap orang-orang luar dan budak-budak hingusan tentang bagaimana untuk menang, bukan bagaimana untuk servis rakyat di sini? kami di lembah pantai ini apa nilainya YB?

Secara terus-terang saya sudah lama muak dengan YB dan jika YB tidak ubah secepat mungkin, memang rasmi tidak akan mengundi YB di pilihanraya depan. dan kepad yang lain, selagi PR dan PKR cuba menafikan kegagalan Nurul di Lembah Pantai selagi itulah ramai penyokong PR akan mengambil keputusan tidur di hari Pilihanraya Umum. Makin teruk jika ada pula yang mengundi BN. Jika Raja Nong Chik dicalonkan jangan terkejut jika ramai penyokong PR peringkat nasional akan mengundi pula BN di Lembah Pantai! Kemungkinannya tinggi dia bertanding di sini kerana dia Pengerusi BN Lembah Pantai, walaupun ada sosek-sosekl budak-budak UMNO dia akan bertanding di Putrajaya.

Apapun, Parthiban dan kawan-kawan lain bukan yang terakhir jika terus-menerus begini. Kepada YB, jangan bersikap menuding dan menuduh, sedangkan culprit utama boleh YB lihat di cermin sendiri.

1 comment:

  1. Seperti yang pernah saya katakan dalam posting sebelum ini, sudah tiba masanya anda sendiri keluar dari kumpulan yang mengarut ini.

    Ini kumpulan buat janji kosong, kumpulan yang suka burukkan negara, tapi tak tahu kerja, tak setia kat kawan, tak hargai jasa, tikam belakang, belakang atas belakang bawah semua tikam.

    Apa yang nak dicari lagi?

    ReplyDelete