Friday, November 5, 2010

Gangster Team Harapan Baru Lembah Pantai buat kecoh pulak kat Klang!

Selepas saya tulis artikel berjudul "Team Harapan Bachin anak Ketua Umum dan Presiden menipu!" itu hari, sambil mengepilkan bukti bergambar penipuan Team Harapan Baru yang busuk politiknya, ada lah sorang-dua sahabat dari Cabang-cabang lain (yang tau aku yang buat blog) ni menegur saya. Kata mereka, tak percaya lah sampai macam tu sekali Nurul Izzah main politik, sampai pakai gangster.

Jawab saya senang je. Habis dah disapunya gangster jadi ahli asal dapat undi nak kalahakan Mat Zaman, beginilah jadinya!

Tup-tup tiba-tiba timbul kes Rahimi mangkuk ayun yang kena serang kat Klang masa nak buat press conference dgn gang-gang India.

Saya pun perhati dekat-dekat gambar penyerang-penyerangnya dan HAH! saya kenal sorang!

Ini lah antara muka yang buat kecoh itu hari menipu kat Lembah Pantai!

Kat bawah ni gambar dia dan detail yang saya dapat dari satu blog lain, saya copypaste kan untuk bacaan sesiapa yang tak percaya kat saya itu hari.

Puak-puak ni memang kaki gangster, dan mereka inilah antara yang menguasai PKR Lembah Pantai sekarang.

Nafi ahli: Reformis kesal kenyataan timbalan presiden 7 Oktober 2010
 
Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husain Ali bahawa kumpulan yang mengganggu sidang media bekas pembantu Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, semalam bukan ahli PKR dan diupah sendiri oleh Rahimi Osman.
 
Aktivis Reformasi tampil untuk membantu YB Senator Timbalan Presiden untuk mengenal pasti kumpulan yang dimaksudkan. Antara yang bersama kumpulan tersebut adalah:
 
1. Sdr. Puspa seorang ahli dan aktivis parti yang telah berjuang sejak 1998.
2. Sdr. Rama aktivis parti dari cabang Lembah Pantai yang juga pernah menyumbang satu unit penghawa dingin kepada pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.
3. Sdr. Krisnasamy, mantan Timbalan Pengerusi PKR Klang.


Rupa-rupanya nama dia Rama!

1 comment: