Wednesday, October 13, 2010

YB Nurul tak datang pun tengok maslah kat Kondo Rakyat. Sibuk kempen ke?

Hari ini saya membuka Facebook YB Nurul Izzah. Inilah kali pertama aku buka FB beliau selepas MATC Lembah Pantai tempohari.

Status terbarunya hari ini ialah:-
"Perjumpaan bersama Cabang2 PKR Selangor malam ini jam 8.30 malam di Restaurant Wembley Klang :)"

Status sebelumnya pula ialah:-
"Program Surau Nur Hidayah Pantai Permai :)".

Untuk makluman pembaca, Program di Pantai permai ini ialah program lama pada 3hb Sept 2010. sila tengok sini untuk bukti
http://www.nurulizzah.com/site/2010/09/03/program-surau-nur-hidayah-pantai-permai/

Saya nak tanya sikit pada YB kaki tumpang program ini, yang menuduh kami kumpulan Reformis memporak-perandakan PKR Lembah Pantai,

"itu je ke program ko boleh buat?!"

YB Nurul ni tahu kah semalam Kondo Rakyat ada masalah air.

Habis sampai tengahari ni tak nampak-nampak muka apa ke jadahnya ko jadi wakil rakyat ni? Ni sibuk plak malam ni nak pegi Klang, Klang tu ke yang undi ko jadi ahli parlimen itu hari? Sibuk berkempen, sibuk kehulu-kehilir keluar negara, tempat sendiri tak turun.

Mana Team harapan Baru bodoh tu? Tak hantar laporan ke?

Sibuk sangat luar kawasan, tak payah jadi wakil rakyat sinilah! Jadi wakil rakyat kat Indon ke, bukan ke orang sana sayang kat awak?

Ini ke sebabnya admin YB terpaksa cover line letak program lama di Pantai Permai sebagai status update FB?

Malu lah sikit yb woi!

5 comments:

  1. Minta orang-orang PKR Lembah Pantai yang tewas dalam pemilihan jangan sabotaj parti. Jika anda teruskan mensabotaj dalam blogosfera atau dalam FB atau dalam twitter macam Boy buat (blog ni ko punya ke Boy?) maka sesungguhnya perjuangan anda tak ikhlas?

    Kenapa buka pekung di dada, adakah sengaja beri peluru untuk UMNO dan Raja Gopal yang licik di Lembah Pantai? Jika tak puas hati, keluarlah dari parti dari menjadi gunting dalam lipatan. Sokongan kepada YB Nurul Izzah dalam MATC kukuh dan padu, dari semua ranting dan kawasan dalam Lembah Pantai, termasuk di "kubu kuat" Zaman.

    Terimalah hakikat, dan bersatu untuk Parti.

    ReplyDelete
  2. Hazami, siapa Hazami, tak pernah dengar pun? Sejak bila masuk PKR? tahun 2009 ke? Sudah lah, siapa ngko nak suruh orang keluar parti?

    And by the way, jangan tuduh Boy la brader, dia tak tau apa-apa pasal blog ni. Ni aku punya pasal la nak buat, hak aku.

    ReplyDelete
  3. Mengenai Kondo Rakyat, sebaik sahaja Datuk Raja Nong Chik Ketua Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah dapat tahu petang itu mengenai perkara tersebut, beliau telah mengarahkan lori tangki DBKL turun untuk memberi bantuan air kepada penduduk. Pegawai beliau turun petang itu juga, dan selepas Maghrib Pegawai Khas DBKL beliau telah turun memantau lori tangki dan situasi di sana. Jadi tahniah Datuk Raja kerana prihatin dengan masalah rakyat.

    ReplyDelete
  4. Kdg² sikap YB perlu ditegur utk kebaikan semua. Semangat98 membuktikannya di sini. Platform blog adalah tempat yg terbaik. Ini lebih baik berbanding menggunakan TV sebagai platform lepas geram kpd YB sendiri.

    ReplyDelete
  5. Salam admin,

    Tahniah kerana berani menegur...wakil rakyat patut ditegur sekiranya tidak atau khilaf menjlnkan amanah diberikan..persetankan org yg mengkritik anda..syabas..

    ReplyDelete