Bak kata Raja Petra, kalau macam ni dah lagi teruk dari UMNO!
Langsung tak respek semua yang terlibat. Malas nak cerita.
Tapi apa pun, aku respek Chegubard, walaupun aku lebih berat nak Shamsul menang Ketua AMK. Aku sokong Chegubard mulanya, tapi bila Shamsul bertanding balik AMK, kena jugalah sokong dia. Kat Lembah Pantai ni kira kitorang pun kenal la Shamsul ni macammana. Dia ok.
Tapi aku respek Chegubard atas pendirian dia. yang terbaru dia kata begini,
“Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia,”Tambahnya lagi,
“Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan.Respek Chegubard. At least dia ada prinsip.
Tapi apa pun aku rasa akhirnya Chegubard ni tersungkur juga kena tikam dengan malaun yang banyak dalam PKR.
No comments:
Post a Comment