Wednesday, June 8, 2011

Kami dah bagitahu YB Nurul dah pasal budak Fahmi Fadzil ni!

Baru-baru ini Setiausaha Politik YB Nurul Izzah Fahmi Fadzil menjadi figure antarabangsa apabila diarah membuat 100 tweet memohon maaf pada Blue Inc corporation, kerana memfitnah atau lebih tepat melakukan "defamation" kepada syarikat tersebut dalam Twitter.

Seluruh TJ(TwitterJaya) dan TW(Twitterverse) mengangkat fahmi menjadi hero!

Tetapi kami di sini, dari kumpulan-kumpulan kecil penyokong-penyokong PKR (bekas) di Lembah Pantai melihat semua ini sambil menggeleng kepala.

Kenapa?

Fahmi Fadzil
 Sejak mula lagi nama Fahmi Fadzil tiba-tiba dimaklumkan kepada kami akan dilantik menjadi Setiausaha Politik YB, kami ternganga. Siapa budak ini? Kenapa dia tiba-tiba dilantik memegang jawatan yang amat penting dalam satu constituency seperti Lembah Pantai ini? Tidakkah YB Nurul tahu bahawa disebabkan YB Nurul sendiri bukan asal dari kawasan Kerinchi dan Pantai Dalam, maka eloklah melantik Setiausaha Politik dari orang yang ori dari sini.

Dan yang terbaik, lantikan itu tidak dibincangkan, tapi YB hanya maklum saja. Seperti Datuk Seri Anwar juga, YB mengambil tindakan diktator.

YB mengatakan bahawa YB mahu orang muda. 

Kenapa tak dilantik sahaja (pada masa itu) Md Zaman, atau Fadzlie sekurang-kurangnya, untuk merapatkan saf dan menguatkan parti? Bukankah pada masa itu Md Zaman adalah KETUA AMK CABANG dan KETUA AMK WILAYAH? Sebaliknya Md Zaman diketepikan dan seorang budak PJ yang datang dari keluarga kaya dilantik, semata-mata kerana beliau petah berkata-kata. Petah sangatlah dia sampai terpaksa membodohkan diri dalam Twitter mintak maaf.

Kami ada membuat sedikit homework mengenai Fahmi ini ketika itu. Dan apa yang kami lihat sungguh menakutkan. Beliau rupanya pernah terlibat dengan gerakan simpati komunis dan berita ini tersebar luas dalam Internet. Apakah kesannya jika berita ini disebarkan dalam komuniti Melayu di Lembah Pantai?

Fahmi ini budak sosial aktivis orang kaya. Dia bergerak dalam dunia teater yang penuh dengan orang-orang yang rajin komen dalam Malaysiakini, dan kita semua maklum apa pandangan dunia mereka. Sedangkan kehendak dan keperluan majoriti penduduk Lembah Pantai lebih 'basic'. Dia mungkin seorang budak yang baik dan seronok dibuat kawan, tapi dia tak sesuai dijadikan Setiausaha Politik.

Saya dimaklumkan YB ada dimaklumkan perkara ini semasa berita perlantikannya dulu dibuat, tapi seperti biasa YB menganggap ini konspirasi Md Zaman.

Saya ada satu soalan untuk YB? Sejak Fahmi jadi setiausaha Politik YB, berapa agaknya undi yang PR dapat hasil kerja dan kerana usaha Fahmi Fadzil?

Bandingkan pula agaknya berapa undi yang YB boleh dapat jika dulu dilantik seorang yang berasal dari sini dan bergelumang dengan ahli-ahli grassroots di sini sebagai Setiausaha Politik?

Tepuk dada, tanya sendiri.